Teman Kome Weh....

Khamis, Februari 18, 2010

Sastera perlu di sekolah


BIDANG kesusasteraan semakin merosot penerimaan dan penghayatannya di sekolah-sekolah hari ini. Adalah dipercayai kurang dari seribu buah sekolah sahaja lagi yang masih menawarkan subjek Kesusasteraan Melayu di seluruh negara. Mengapakah sambutan terhadap sastera dikatakan melemah dalam kalangan remaja? Terdapat pelbagai jawapan yang subjektif untuk diketengahkan, namun begitu adalah lebih baik kita hanya menyorot kepada satu atau dua sahaja kemungkinan yang ada. Baca selanjutnya

Selasa, Februari 09, 2010

'Mengapa Nizar tak boleh jadi MB Perak?

'
Hafiz Yatim
Feb 9, 10
6:09pm
Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin tidak boleh terus mentadbir Perak kerana dia sudah kehilangan sokongan majoriti di dewan undangan negeri, demikian diputuskan oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.
Ketua Hakim Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria yang membaca penghakiman 41 muka surat pagi tadi berkata membenarkan Nizar berbuat demikian akan bertentangan dengan prinsip demokrasi.

Bagaimanapun, Arifin berkata ini tidak bermakna kepada penghujung perkara berkenaan.

“Nizar boleh mengemukakan undi tidak percaya terhadap responden (Zambry) atau membuat perwakilan kepada sultan pada bila-bila masa jika beliau berpendapat responden tidak lagi mempunyai sokongan ahli dewan,” katanya.

Panel hakim lima anggota yang diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff, pagi tadi memutuskan Datuk Seri Zambry Abd Kadir dari BN adalah menteri besar Perak yang sah.

Selain Arifin, hakim lain yang menganggotai panel itu ialah Zulkefli Ahmad Makinuddin, Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Abdull Hamid Embong. Malaysiakini

Khamis, Februari 04, 2010

DUN Perak bubar? PR-BN mula menggerakkan jentera pilihan raya.


Politik mula bergolak di negeri Perak berikutan desas-desus pembubaran Dewan Undangan Negeri sejak kebelakangan ini. Pada hakikatnya, khabar angin ini tersebar sejak rampasan kuasa pada 6 Februari 2009. Tetapi, pengalaman lalu yang berakhir dengan “satu lagi pembohongan”, telah menghakis harapan orang ramai. Namun, kemungkinan khabar angin ini menjadi kenyataan amat tinggi untuk kali ini.
Mahkamah Persekutuan bakal mengumumkan penghakiman terhadap kes “Menteri Besar Perak yang sah” pada 9 Februari yang akan datang. Ini merupakan saluran terakhir Menteri Besar Pakatan Rakyat (PR) di Perak, Mohd. Nizar Jamaluddin untuk merayu melalui sistem kehakiman sejak dilucutkan dari jawatannya.
Seandainya Mahkamah Persekutuan menyetujui penghakiman Mahkamah Rayuan, maka Menteri Besar Barisan Nasional, Zambry Jamaluddin adalah Menteri Besar yang sah. Maka, Nizar Jamaluddin gagal memulihkan jawatannya sebagai Menteri Besar melalui saluran kehakiman yang lain. Sebaliknya, seandainya Mahkamah Persekutuan menolak penghakiman Mahkamah Rayuan, Nizar Jamaluddin akan kembali menjadi Menteri Besar.
Menurut maklumat dari sumber PR, penghakiman oleh lima orang panel ini memihak kepada PR. Oleh itu, PR yakin bahawa mereka akan menang dalam perbicaraan ini, malah berjanji akan menghadap Sultan untuk memohon agar DUN dibubarkan.
Pengumuman langkah BN yang mesra rakyat
BN dikhabarkan tidak mempunyai keyakinan penuh untuk menang dalam kes ini. Lebih-lebih lagi BN dikatakan berniat untuk membubarkan DUN, tetapi menunggu saat-saat yang terbaik. Situasi ini menjurus kepada peningkatan kemungkinan pembubaran DUN.
Oleh kerana niatnya untuk memburu kesempatan terbaik agar mengembalikan sokongan rakyat, BN terpaksa mengakur kepada hasrat rakyat sejak rampasan kuasa. Selain pengumuman langkah-langkah yang “mesra rakyat”, kerajaan BN sanggup memberi laluan dalam isu yang dibantah atau diperjuangkan oleh rakyatnya. Setidak-tidaknya, ini jarang berlaku semasa zaman pemerintahan kerajaan negeri BN dahulu.
Kebelakangan ini, pengumuman peruntukan dana, tanah menjadi lebih kerap daripada kerajaan negeri BN, malah memperlihatkan keberkesanan yang tinggi. Segala-gala ini merupakan cubaan untuk menawan hati rakyat.
Bukan itu sahaja, BN yang kini memegang kuasa untuk membubarkan DUN, mengambil sikap yang lain daripada dahulu, ketika berdepan dengan khabar pembubaran DUN kali ini. Ramai pemimpin memberi reaksi secara berasingan, bahawa “khabar angin ini diada-adakan oleh PR”, “dakwaan yang menghina mahkamah”. Bahkan, EXCO kerajaan negeri BN, Hamidah Osman mengadakan sidang media khas untuk memberi reaksi kepada khabar angin ini.
MCA bersungguh-sungguh mengembalikan kerusi
Satu lagi hujah mendakwa bahawa parti komponen BN mahu membubarkan DUN, tetapi tidak dipersetujui sesetengah pemimpin UMNO. Untuk MCA yang hanya tinggal dengan satu kerusi, Gerakan dan MIC yang tidak mendapat satu kerusi pun dalam PRU ke-12, menganggap hanya dengan pembubaran DUN, barulah mereka berpeluang untuk mendapatkan lebih kerusi.
Khabar angin di atas belum pasti kebenarannya. Yang pastinya, kedua-dua pihak BN dan PR telah mula menggerakkan jentera kempen untuk pilihan raya, sebagai persiapan seandainya PR diputuskan menang oleh Mahkamah Persekutuan, dan pembubaran DUN yang menyusul selepasnya.
Pemimpin BN peringkat pusat akan melawat ke Perak untuk menunjuk kekuatan, setiap kali khabar pembubaran DUN tersebar, terutamanya pemimpin MCA yang akan mengunjungi “kubu” mereka, menunjukkan kesungguhan untuk merampas kembali kerusi yang dimenangi PR dalam PRU ke-12.
Ahli Majlis PBT
Oleh kerana masih memegang kuasa kerajaan negeri, Mah Hang Soon (gambar kanan) yang memegang portfolio Kesihatan, Kerajaan Tempatan, Hal Ehwal Pengguna, Alam Sekitar, Pengangkutan Awam & Hal Ehwal Bukan Islam telah mengarahkan agar Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) mengangkat sumpah jawatan sebelum 5 Februari. Ini mencungkil syak wasangka bahawa langkah ini sebagai persiapan terhadap penghakiman yang bakal diumumkan pada 9 Februari.
Pada tahun lalu, Ahli Majlis Perbandaran Taiping PR telah mengangkat sumpah jawatan sebelum rampasan kuasa pada 6 Februari. Jadi, BN terpaksa memeras otak untuk memaksa Ahli Majlis PBT meletak jawatan selepas itu. Walaupun mungkin ada yang menerima realiti bahawa “tukarnya pemimpin, maka tukarlah anak buahnya”, namun tindakan BN kali ini tidak disenangi. BN telah dilihat merampas kerajaan negeri Perak dengan kuasanya di peringkat persekutuan. Paksaan mereka terhadap ahli majlis PBT PR mencerminkan imej gelojohnya mereka terhadap kuasa.
Setelah mengambil pengajaran daripada pengalaman yang lalu, BN kini lebih celik dengan menghabiskan upacara angkat sumpah jawatan di 15 majlis PBT, empat hari sebelum penghakiman diumumkan. Niatnya walaupun tersirat, tetapi disedari umum.
Bilangan kerusi dijangka tak banyak berbeza
Ceramah untuk mendedahkan selok belok rampasan kuasa telah bermula, sejak kerajaan PR ditumbangkan pada tahun lalu. ADUN PR telah membongkarkan penyelewengan BN di kawasan pengundian masing-masing, berjaya menyebarkan mesej bagaimana BN berkomplot untuk merampas kuasa.
Seandaianya DUN Perak dibubarkan dan pilihan raya diadakan, PR dijangka akan menghangatkan sentimen ketidakpuasan komuniti Cina, malah India terhadap BN dengan imej Nizar Jamaluddin yang baik di mata komuniti Cina. Namun demikian, dari kaca mata masyarakat Melayu, Nizar pula digambarkan sebagai pengkhianat Melayu dan boneka DAP. Ini mungkin kelemahan yang ada pada Nizar.
Tidak pelik seandainya Zambry meraih sokongan masyarakat Melayu dengan penguasaan sumber dan kerajinan beliau untuk turun ke kampung Melayu. Di masyarakat Cina pula, tidak kira berapa langkah yang memanfaatkan rakyat, beliau tetap dengan imejnya sebagai ketua rampasan kuasa BN. Beliau dijangka tidak disenangi pengundi Cina.
Namun, setelah tiga orang ADUN keluar dari PR, maka PR telah memiliki 28 kerusi seperti BN, dengan jumlahnya 59 (28vs28+3). Seandainya pemilihan semula mengekalkan perbezaan bilangan kerusi pada satu atau dua, dipercayai rampasan kuasa (peralihan kuasa) mungkin akan berlaku lagi. Ia mungkin tidak terhad kepada tarikh 8 Mac dan 6 Februari.

*Qin Lang ialah penulis khas MerdekaReview, edisi Cina. Diterjemah dan disunting oleh Lim Hong Siang.

Rabu, Februari 03, 2010

Zambry yakin Umno boleh kuasai 34 kerusi DUN Perak

;">

Oleh G. Manimaran


IPOH, Feb 1 — Datuk Seri Zambry Abd Kadir (gambar) yakin Umno boleh memperoleh 34 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Menteri Besar itu menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN hanya kerana desakan pembangkang di negeri itu.

Zambry juga berkata beliau tidak akan sama sekali ‘menari’ ikut rentak Pakatan Rakyat (PR) yang mendesak agar diadakan pilihan raya tergempar.

Sebaliknya beliau mencabar wakil rakyat PR agar melepaskan kedudukan masing-masing untuk membuktikan populariti mereka yang sebenar.

“Ya, saya yakin... tetapi ingat saya juga sedang bekerja rapat secara bebas dengan kumpulan-kumpulan lain untuk mendapatkan pandangan orang ramai,” kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai pandangan Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi mengenai jangkaan prestasi parti politik di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Zambry yang juga Adun Pangkor akan mengetahui Selasa depan sama ada kekal sebagai Menteri Besar ataupun sebaliknya.

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes saman dibawa Datuk Seri Nizar Mohd Jamaluddin.

Beliau dilantik sebagai menteri besar kerajaan Barisan Nasional selepas kerajaan PR tumbang apabila tiga wakil rakyat bertindak keluar sebagai Adun Bebas.

Kerajaan pimpinan Menteri Besar PR Nizar tumbang apabila Jamaluddin dan dua Adun PR yang lain memutuskan untuk bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, sekali gus memberi sokongan kepada BN.

“Ia mudah. Jika anda fikirkan bahawa BN takut kerana kami tiada sokongan rakyat, jadi kami memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan tetapi saya mahu melihat oleh kerana anda kata mempunyai sokongan rakyat, anda pergi dan meletakkan jawatan kesemua 28 kerusi (di DUN),” katanya.

Apabila dikata bahawa mereka tidak boleh bertanding jika meletakkan jawatan, Zambry berkata pilihan raya adalah untuk menguji populariti parti, bukannya diri individu.

Bagaimanapun beliau menekankan tidak timbul soal DUN dibubarkan sehingga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri membuat keputusan.

Temu bual penuh bersama Zambry akan disiarkan oleh The Malaysian Insider pada 6 Feb ini, genap setahun Istana Perak melantik beliau sebagai ketua kerajaan negeri yang ke-12.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal minggu lalu, Jamaluddin menjangkakan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang mereka menang Mac 2008.

Malah, Adun berkenaan menjangkakan jika Umno-BN “bekerja kuat”, kedua-dua komponen PR itu hanya boleh mempertahankan kira-kira 50 peratus kerusi dikuasai ketika pilihan raya umum ke-12.

Justeru kata Jamaluddin, beliau menjangkakan DAP boleh mengekalkan 18 kerusi yang dimenangi mereka.

Umno memperoleh 27 daripada 34 kerusi yang ditandingi.

Salah satu komponen BN, MCA mendapat satu kerusi, menjadikan BN memiliki 28 kerusi iaitu kurang tiga kerusi untuk kekal memerintah Perak pada Mac 2008.

Komponen-komponen BN yang lain kalah teruk.

“Keputusan pilihan raya umum Mac 2008 menunjukkan ada kawasan yang (BN) kalah dengan undi kecil, ada kawasan yang (Pakatan) menang dengan undi yang sedikit.

“Jadi, kalau BN buat kerja baik sikit, khususnya Umno melipatgandakan usaha mereka, Umno boleh menang di kesemua 34 kerusi yang ditandingi pada 2008... bermakna tinggal baki tujuh yang menjadi rebutan antara PKR dan PAS.

“Kalau begitu keadaan, fikir di mana kedudukan PKR dan PAS dalam pilihan raya akan datang... saya yakin DAP akan menang di semua kerusi yang ditandingi pada 2008, yang kebanyakannya terletak di kawasan Lembah Kinta,” kata beliau.

Antara kerusi PR yang dimenang dengan perbezaan undi tipis ialah Lubok Merbau. Calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof menewaskan wakil BN-Umno, Jamal Nasir Rasdi dengan perbezaan 72 undi.

Isnin, Februari 01, 2010

Zambry: saya bukan takut





Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir hari ini mencabar bekas menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin dan 27 lagi wakil rakyat pembangkang mengosongkan kerusi mereka bagi membolehkan pilihan raya kecil diadakan di 28 kerusi DUN pembangkang di Perak.

Beliau berkata Mohammad Nizar dan wakil rakyat pembangkang berkenaan tidak perlu teragak-agak untuk mengosongkan kerusi DUN masing-masing sekiranya mereka benar-benar yakin bahawa sebahagian besar rakyat Perak teguh menyokong pembangkang.

"Kalau pembangkang rasa mereka popular sekarang, bubarlah 28 kerusi mereka. Kita tengok sama ada mereka dapat semula 28 kerusi DUN ataupun tidak (pada pilihan raya kecil)," katanya kepada pemberita selepas diwawancara dalam program Setahun Melayari Arus di studio Perak FM Ipoh hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Mohammad Nizar sebelum ini bahawa bekas Menteri Besar Perak itu akan memohon perkenan Sultan Perak Sultan Azlan Shah untuk membubarkan DUN Perak sekiranya keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung siapa menteri besar Perak yang sah pada 9 Feb ini berpihak kepadanya.

Zambry menegaskan bahawa kerajaan negeri Barisan Nasional (BN) tidak akan membubarkan DUN bagi membolehkan satu pilihan raya negeri semula diadakan seperti yang dikehendaki oleh pembangkang.

"Nak bubar DUN ini adalah permainan mereka. Saya tidak akan ikut permainan mereka, bukan kerana takut tapi kerana tidak mahu terikut-ikut rentak permainan pembangkang ini," katanya.
Terdahulu dalam wawancara itu, Zambry berkata fokus utama kerajaan negeri BN yang diterajuinya adalah untuk membangunkan ekonomi dan memakmurkan negeri Perak dan bukannya terheret ke dalam permainan politik pembangkang yang tidak berkesudahan.


"Sebaik sahaja kita (BN) mentadbir, saya telah memaklumkan bahawa kita tidak boleh selamanya bermain dengan politik kerana rakyat di luar sana inginkan sesuatu daripada kita. Ada masanya rakyat ingin memberi tumpuan kepada perkara-perkara yang lebih penting khususnya dalam konteks pembangunan ekonomi negeri," katanya.

Zambry yang dilantik Menteri Besar Perak Ke-11 menggantikan Mohammad Nizar pada 6 Feb lepas menyatakan keyakinannya bahawa sokongan masyarakat pelbagai kaum di Perak terhadap BN akan terus bertambah disebalik pelbagai permainan politik yang dimainkan oleh pembangkang.

"Saya yakin bahawa rakyat di Perak tidak akan termakan dengan cara mereka (pembangkang) dan dengan adanya perkembangan ekonomi yang baik, kedudukan keamanan yang baik di Perak dan program pembasmian kemiskinan efektif yang kita lakukan, saya yakin akhirnya rakyat akan bersama-sama dengan kita... dengan syarat kita pun kena buat kerja dengan kuat," katanya.

- Bernama

Related Posts with Thumbnails