Oleh Aidila Razak Nov 25, 10 6:21pm
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggugurkan saman pemula yang dikemukakan bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala ke atas parti itu.
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Aziah Ali memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan melibatkan parti berkenaan.
Jenapala turut diperintahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM15,000.
PKR diwakili peguam Ranjit Singha dan Razlan Hadri Zulkifli manakala Jenapala diwakili James Khong.
Dalam saman yang dikemukakannya, Jenapala menuntut supaya mahkamah menghalang parti itu daripada mengumumkan calon timbalan presiden yang menang dalam pemilihan parti itu.
Mahkamah sebelum ini juga memutuskan untuk tidak akan mendengar permohonan injunksi oleh Jenapala bagi menghalang PKR daripada mengumumkan keputusan pemilihan jawatan timbalan presiden.Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini menggugurkan saman pemula yang dikemukakan bekas timbalan setiausaha agung PKR P Jenapala ke atas parti itu.
Hakim Mahkamah Tinggi (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) Datuk Aziah Ali memutuskan bahawa mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa untuk mencampuri urusan melibatkan parti berkenaan.
Jenapala turut diperintahkan membayar kos mahkamah sebanyak RM15,000.
PKR diwakili peguam Ranjit Singha dan Razlan Hadri Zulkifli manakala Jenapala diwakili James Khong.
Dalam saman yang dikemukakannya, Jenapala menuntut supaya mahkamah menghalang parti itu daripada mengumumkan calon timbalan presiden yang menang dalam pemilihan parti itu.
Mahkamah sebelum ini juga memutuskan untuk tidak akan mendengar permohonan injunksi oleh Jenapala bagi menghalang PKR daripada mengumumkan keputusan pemilihan jawatan timbalan presiden.