Teman Kome Weh....

Jumaat, April 15, 2011

Lelaki bunuh diri di masjid

Seorang lelaki meletupkan diri dengan bom di badannya dalam sebuah masjid di kompleks polis daerah di Cirebon, Jawa Barat, mengakibatkan lebih 20 cedera termasuk Ketua Polis Daerah Cirebon.

Polis berkata keadaan tubuh lelaki itu hancur akibat ledakan bahan letupan itu.

Media tempatan memetik saksi-saksi sebagai berkata bahawa solat Jumaat hendak dimulakan, seorang lelaki berpakaian hitam yang berada di barisan ketiga dilihat membuka jaketnya dan bom itu terus meletup.

Kebanyakan yang cedera itu terkena serpihan paku daripada bom itu.

Seorang saksi, Ahmad Fauzan, berkata keadaan dalam Masjid At-Taqwa itu amat memgerikan sekali dengan ramai orang yang cedera dan berlumuran darah selepas kejadian itu.

Polis belum mengenal pasti siapa pengebom itu atau motif serta sama ada dia mempunyai jaringan dengan mana-mana kumpulan.

Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengutuk perbuatan itu.

- Bernama

Ahad, April 10, 2011

Batu nisan "hidup"


Mohd. Zin menunjukkan antara batu nisan yang 'hidup' di Kampung Batu Melintang, Gua Musang, Kelantan semalam.


GUA MUSANG – Penduduk Kampung Batu Melintang dekat sini terkejut kerana batu-batu nisan di sebuah kubur lama di kampung itu didakwa hidup apabila saiznya semakin membesar dan meninggi.

Kubur tersebut yang dikatakan wujud sejak 200 tahun lalu, menyemadikan penduduk tempatan pada zaman dahulu.

Kini ia sudah tidak digunakan lagi setelah perkuburan baharu disediakan di Kampung Kuala Sungai tiga tahun lalu.

Sejak penggunaan tanah perkuburan beralih ke kubur baharu, kubur lama yang menempatkan hampir 150 jenazah penduduk beragama Islam itu kini terbiar dan dipenuhi pokok-pokok hutan.

Sebelum ini, menurut penduduk, batu- batu nisan itu memang telah dilihat membesar, namun tidak pernah dilapor- kan media.

Tinjauan Kosmo! Ahad ke lokasi tersebut mendapati, sebanyak 20 buah kubur lama yang batu nisannya menjadi tinggi, manakala kawasannya dipenuhi dengan semak-samun.

Batu-batu nisan di kawasan perkuburan itu memang besar dan tinggi sehingga ada yang hampir menyamai tinggi orang dewasa.

Related Posts with Thumbnails