Teman Kome Weh....
Ahad, Mei 29, 2011
Sendayan, Pangkalan Baru TUDM Ganti Sg. Besi
Rabu, Mei 25, 2011
Bas Sani Ekpress Terbalik – 5 Cedera
Bas dalam perjalanan dari Kuala Terengganu ke Kuala Lumpur
Ketika ini, kerja-kerja untuk mengangkat bas akan mula dilakukan.
Selasa, Mei 24, 2011
Sabtu, Mei 21, 2011
Tanah Runtuh di Hulu Langat; Dua mati tertimbus
Kira-kira 20 kanak-kanak dikhuatiri tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Jalan Sungai Semungkis, Kampung Gahal di Hulu Langat hari ini.
Rabu, Mei 11, 2011
Bahasa Melayu sudah lama moden
oleh Teo Kok Siong
Dalam polemik untuk mengembalikan Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) ke dalam sistem pendidikan kebangsaan, antara hujah yang diketengahkan penyokongnya ialah penggunaan bahasa Inggeris, tidak akan sekali-kali menggugat kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa negara. Bagi mereka, keabsahannya termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga Akta Bahasa Kebangsaan.
Hal ini benar dari satu segi saja. Dari satu segi lain, bahasa Melayu perlu digunakan dalam kuantiti yang banyak dan kualiti yang tinggi, lebih-lebih lagi dalam segala kegiatan budaya tinggi negara. Antaranya sebagai bahasa ilmu, khususnya di institusi pengajian tinggi. Penggunaan begini sudah tentu dapat mempertingkatkan lagi profil bahasa Melayu.
Natijahnya di sini ialah bahasa perlu digunakan dan bukannya sekadar dijamin statusnya dari segi perundangan untuknya terus berkembang maju. Penggunaan ini sebetulnya penting untuk mencungkil segala potensi yang ada padanya.
Hujah yang mengatakan bahawa bahasa Melayu tidak mampu mengungkapkan komunikasi moden, termasuk bidang sains dan teknologi, adalah juga tidak benar. Korpus bahasa Melayu dari segi kemantapan sistem dalamannya, yakni ejaan, tulisan, kosa kata, istilah dan nahunya yang standard sudah lama melayakkannya menjadi bahasa moden.
Sebagai bahasa moden, bahasa Melayu seperti juga bahasa Inggeris, mampu mengungkapkan sebarang hal, baik yang konkrit mahu abstrak dalam segala macam disiplin ilmu. Ini termasuk sains dan teknologi dan segala macam yang lain yang kompleks sifatnya.
Cadangan untuk menggunakan dua bahasa pengantar utama untuk pendidikan Sains dan Matematik adalah pandangan yang tidak mengambil kira nasionalisme Malaysia dengan serius. Nasionalisme yang antaranya menyangkut perasaan bangga dan sayang kepada negara, sebetulnya terdiri daripada pelbagai jenis.
Dalam konteks polemik PPSMI ini, nasionalisme yang didapati sesuai ialah nasionalisme integral yang berpandukan sejarah negara, khususnya yang bersifat pribumi.
Sehubungan PPSMI, nasionalisme integral boleh dikaitkan dengan pembabitan rakyat dalam bentuk usaha setia menjayakan dasar negara, ikhtiar mutlak bagi memupuk perpaduan nasional dan upaya tekun untuk mempertingkat citra negara. Secara umumnya, ia mengkehendaki rakyat sesebuah negara itu mendahulukan kepentingan negara daripada kepentingan etnik atau individu.
Menerusi nasionalisme integral ini, dalam kes PPSMI, rakyat Malaysia perlu akur kepada Dasar Memartabatkan Bahasa Melayu Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dan memperlihat, selain berkongsi keghairahan terhadapnya. Apatah lagi menentang dan mendesak dikembalikan PPSMI!
Dalam konteks Dasar MBMMBI yang menggantikan PPSMI, falsafah nasionalisme integral yang boleh diserlahkan ialah rakyat Malaysia harus menerima hakikat bahawa nasionaliti linguistik bahasa Melayu dan juga nasionaliti budaya etnik Melayu, adalah asas pembentukan negara bangsa dan negara Malaysia itu sendiri. Penerimaan ini perlu dilakukan atas nama kepentingan negara. Penerimaan ini akan menjadikan bahasa dan budaya Melayu bukan sekadar lambang negara, malah lambang nasional yang bukan saja kuat, tetapi amat berkesan. Dengan ini, bahasa Melayu misalnya bukan saja memiliki kuasa untuk memupuk dan membentuk jati diri nasional. Tetapi ia juga menjadi alat penting lagi berwibawa untuk menyatupadukan rakyat Malaysia.
Dengan menggunakan bahasa Melayu sebagai satu-satunya bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan negara, ia sesungguhnya bukan setakat menjadi lambang negara, tetapi memiliki wibawa nasionalisme linguistik untuk negara Malaysia.
Dengan ini, citra negara yang menjadi antara unsur penting dalam jati diri nasional akan diwakili sepenuhnya selain dalam bentuk yang nyata pula, oleh bahasa Melayu yang menjadi bahasa negara.
Menerusi Dasar MBMMBI, bahasa Melayu perlu dipupuk semula untuk menjadi bahasa negara yang benar-benar penting. Kepentingannya tidak boleh lagi sekadar lambang negara dalam bentuk formaliti semata-mata.
Sehubungan ini, bahasa Melayu tidak boleh lagi menjadi bahasa negara patung. Ia perlu berhenti daripada menjadi hiasan saja, sedangkan peranannya diambil alih oleh bahasa lain, misalnya bahasa Inggeris dalam kes PPSMI.
Cadangan untuk menggunakan bahasa Inggeris di bandar dan bahasa Melayu di luar bandar sekiranya PPSMI dikembalikan, adalah gagasan tidak baik untuk martabat bahasa Melayu selaku bahasa negara. Bahasa Melayu akan dengan cepatnya dikenali sebagai bahasa kampung kerana rata-ratanya digunakan oleh rakyat di luar bandar, lebih-lebih lagi untuk memajukan diri mereka.
Penggunaan sebegini boleh menimbulkan pelbagai implikasi negatif. Sudah tentu status luar bandar ini boleh menjadikan bahasa Melayu dipandang daif oleh mereka yang terdidik dalam bahasa Inggeris di bandar. Status bahasa Melayu sebegini tidak dapat dinafikan adalah tidak baik untuknya selaku lambang negara, lebih-lebih lagi dalam konteks jati diri nasional.
— Berita Harian
* Teo Kok Seong ialah Timbalan Pengarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia
Ahad, Mei 08, 2011
Banglo Tengku Adnan terbakar
Rumah Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor di Taman Duta di Kuala Lumpur nyaris musnah apabila tingkat atas rumah banglo empat tingkat itu terbakar awal hari ini.
Tengku Adnan berkata kebakaran dipercayai berpunca dari bilik anak lelakinya, Tengku Mohd Hafiz, 15, apabila pendingin hawa di bilik tersebut mengalami kerosakan sehingga mengeluarkan percikan api.
"Ketika kejadian kira-kira pukul 5.30 pagi itu anak saya sedang tidur tetapi terjaga setelah terkena percikan api dari pendingin hawa berkenaan.
"Kemudian anak saya terus berlari ke bilik saya yang berada di tingkat yang sama bagi memaklumkan kejadian tersebut," katanya kepada pemberita di tempat kejadian.
Tengku Adnan berkata sejurus selepas itu, beliau terus mengejutkan kesemua 15 orang penghuni di dalam rumah tersebut termasuk anggota keluarga dan pembantu rumah supaya keluar menyelamatkan diri sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat.
"Semua penghuni rumah berjaya menyelamatkan diri tanpa sebarang kecederaan," katanya.
Sementara itu, Timbalan Penguasa Bomba dan Penyelamat Sentul, Halim Mustafa berkata enam jentera dengan 46 anggota dari balai Hang Tuah, Sentul, Sri Hartamas, Jinjang memgambil masa setengah jam untuk mengawal kebakaran.
Halim berkata bagaimanapun hanya bumbung dan tingkat empat sahaja yang musnah manakala tingkat satu hingga tiga tidak terjejas.
"Api di bumbung dan tingkat empat banglo yang berusia hampir 25 tahun itu merebak dengan cepat kerana strukturnya yang diperbuat dengan kayu namun tingkat bawahnya sempat diselamatkan," katanya.
Jumlah kerugian dan punca kebakaran masih dalam siasatan, katanya.
- Bernama
Khamis, Mei 05, 2011
Survey: PR could lose in Perak
Posted by admin on May 5th, 2011
Public anger over Barisan Nasional’s (BN) 2009 takeover of Perak appears to have dissipated with a Pakatan Rakyat (PR) poll showing it will win fewer seats now than if snap polls were called then. An opinion poll conducted by the state PR shortly after the February 2009 putsch found that the coalition would have swept to victory in 40 seats or a two-thirds majority in the 59-seat assembly which BN currently controls with 28 assemblymen and four “friendly” independents.
However, a similar survey by Perak PR earlier this year showed it would only win 33 seats if polls were held now.
“Sentiment was very high in 2009. Since then people have calmed down,” Perak DAP chief Datuk Ngeh Koo Ham told The Malaysian Insider.
Pakatan Rakyat (PR) had won 31 state seats in the March 2008 general election and in January 2009, Bota assemblyman Datuk Nasarudin Hashim defected from Umno to PKR.
However, he returned to Umno in early February at the same time three assemblymen left PR and backed BN as independents.
This allowed Datuk Seri Zambry Abd Kadir to be sworn in as mentri besar on February 6, 2009.
The ousted Datuk Seri Nizar Jamaluddin then challenged the validity of Zambry’s appointment in court.
The Bukit Gantang MP claimed the Sultan could not order him to resign as MB and that BN’s majority had not been tested in the assembly.
PR campaigned for a fresh election to be called so that the people’s mandate could be sought.
But BN resisted and finally prevailed in February 2010 when the Federal Court ruled that Zambry was the rightful MB.
Malim Nawar assemblyman Keshvinder Singh also left the DAP in June 2010 and became a BN-friendly independent, giving the ruling coalition a majority of 32 to 27.Ngeh said personal feedback from Perak voters showed that they have become less interested in the takeover and wanted both coalitions to serve the public.
“After we did the hunger strike in May and fought BN’s legitimacy in several assembly sittings, people started telling us that they got the message and it was time to move on,” said the Beruas MP.
With the momentum appearing to swing back towards BN, Ngeh said PR may try to resurrect the issue during the next general election.
However, the Sitiawan assemblyman said the year-long impasse had created a personality battle between Nizar and Zambry in the silver state.
He said the state opposition has already agreed to maintain Nizar as its mentri besar candidate.
“One of the questions that Perak voters must decide on is which MB they prefer?” he said.
Ngeh said while PR questions Zambry’s record as mentri besar, BN countered this by trying to provoke Nizar and himself.
The senior state executive councillor during Nizar’s 11-month administration said this includes the claim that Ngeh was the “de facto MB” and the PAS leader was merely a puppet for the DAP.
He also said according to PR’s analysis, the next general election could see it losing up to nine marginal seats that it won in 2008 although it could also snatch victory in 11 such areas held by BN –LAMANKL -Today.com
Isnin, Mei 02, 2011
Siapa Dia As-Syahid Osama Bin Laden
TERKINI - Osama bin Laden meninggal dunia
02 May 2011
Wartawan Al Jazeera di Kabul berkata, pihak berkuasa Afghanistan mengesahkan kematian pemimpin Al Qaeda itu dan mayat Osama kini berada dalam tangan Amerika Syarikat.
Bagaimanapun, tidak dapat disahkan bahawa allahyarham dibunuh di Afghanistan atau Pakistan.