Teman Kome Weh....

Jumaat, Jun 26, 2009

ADUN Aulong saman Timbalan Speaker DUN Perak

IPOH: Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Aulong, Yew Tian Hoe memfailkan saman terhadap Timbalan Speaker DUN Perak, Hee Yit Foong yang didakwa menyerangnya dengan semburan lada semasa sidang DUN 7 Mei lalu.

Yew memfailkan saman di Mahkamah Tinggi di sini pada pukul 11.15 pagi tadi.

Yew mendakwa, berikutan serangan itu, beliau mendapat kecederaan di mata kiri, kejutan mental, trauma, penghinaan umum dan kemurungan.

Beliau memohon injunksi untuk menghalang Hee yang juga ADUN Jelapang, kerosakan tauladan dan kos.

Hee sebelum ini berkata, penyembur lada yang didakwa telah digunakan untuk menyerang Yew itu bukan miliknya, sebaliknya telah dilontarkan ke arah beliau ketika pergaduhan semasa sidang DUN awal bulan lalu.

Malah Hee berkata, beliau tidak tahu cara menggunakan penyembur lada itu dan menyerahkan kepada Yew untuk membuat tuntutan sekiranya beliau adalah orang yang melontarkan penyembur lada itu kepadanya.

Khamis, Jun 18, 2009

32 orang disahkan mati dalam letupan lombong Sawahlunto


Pasukan penyelamat dan penduduk kampung mencari mangsa-mangsa yang terlibat kejadian letupan lombong arang batu lama di Sawahlunto, Sumatera Barat, Indonesia. Setakat petang tadi seramai 32 orang disahkan terbunuh manakala seorang lagi masih hilang. --fotoAP

JAKARTA: Seramai 32 orang disahkan terbunuh manakala seorang lagi masih hilang dalam kejadian letupan lombong arang batu lama di Sawahlunto, Sumatera Barat, setakat petang ini.

Ketua Pusat Penanganan Krisis di Kementerian Kesihatan Indonesia, Dr Rustam S.Pakaya dalam SMS ringkas kepada media massa berkata sehingga pukul 6 petang ini mayat 32 mangsa telah ditemui.

Enam daripada sembilan orang yang cedera dalam kejadian itu masih dirawat di Hospital Jamil, Padang manakala tiga yang lain telah dibenarkan pulang.

Sementara itu media massa tempatan melaporkan letupan di dalam lombong di Bukit Bual itu dipercayai akibat litar pintas peralatan elektrik yang dibawa masuk pelombong tradisional terbabit ke dalam lubang lombong yang padat dengan gas itu.

"Itu hasil analisis sementara yang kita dapati setelah meninjau tempat kejadian. Sedikit saja percikan api dalam ruangan dengan konsentrasi gas metan (methane) tinggi, sudah cukup untuk membuat ledakan besar," kata Pengurus Paukan Penanganan Bencana Sumatera Barat, Ade Edward, seperti dipetik laman web detikcom.

Beliau berkata seharusnya gas dikeluarkan dahulu menggunakan 'blower' dari lubang lombong itu dan penggunaannya juga wajib untuk membuat udara beredar.

"Kita menduga, genset (set generator) yang digunakan para pekerja itu bermasalah sehingga menyebabkan blower tidak jalan, mengakibatkan gas metan terkumpul dan dengan percikan api yang kecil saja akan terjadi letupan besar," katanya. BERNAMA

Isnin, Jun 15, 2009

Tinjauan: 80% tolak Chin Peng balik


Lapan puluh peratus dari 10,000 responden kaji selidik berkumpulan Jabatan Penerangan Malaysia tidak mahu Chin Peng dibenarkan pulang atau diberi kerakyatan.

Ketua Pengarah jabatan tersebut Datuk Abdullah Morad (foto) berkata, kaji selidik itu dilakukan di kalangan pelbagai kaum di seluruh negara setelah timbul cadangan pihak tertentu yang bersetuju membenarkan bekas pemimpin atasan Parti Komunis Malaysia (PKM) itu pulang atas aspek kemanusiaan, lapor Bernama.

"Kajian mendapati rakyat semua kaum tidak dapat menerima Chin Peng kerana kekejaman yang pernah dilakukannya sewaktu zaman darurat dan selepas negara mencapai kemerdekaan," beliau dipetik berkata selepas merasmikan Program Sepakat Bestari di Kampung Singkir Laut dekat Yan hari ini.

Katanya, kenyataan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Chin Peng dibenar pulang atas alasan kerajaan pernah membenarkan beberapa anggota komunis pulang ke tanah air "hanya akan menimbulkan kekeliruan".

"Negara boleh menjadi porak peranda dan rakyat akan terkeliru jika isu Chin Peng terus dimainkan oleh pemimpin politik pembangkang sebagai modal meraih simpati.

"Walaupun rakyat menolak hasrat kepulangan Chin Peng, tetapi masih ada pihak tertentu terutama pemimpin politik menjadikan ia sebagai isu," kata Abdullah seperti dilaporkan.

Tambahnya, rakyat dari semua kaum yang cintakan negara ini haruslah menghormati Rukun Negara dan keputusan kerajaan tidak membenarkan Chin Peng pulang.

Ahad, Jun 14, 2009

Kualiti udara di Lembah Kelang bertambah baik

KUALITI Udara di kebanyakan kawasan kritikal seperti Pelabuhan Klang, Cheras dan Shah Alam semakin jauh bertambah baik, dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) berada pada paras antara sihat dan sederhana.

Sabtu, Jun 13, 2009

Lembah Kelang mula dilanda jerubu

CHERAS dan Pelabuhan Klang merupakan dua kawasan yang mencatatkan kualiti bacaan udara tidak sihat hari ini, masing-masing di paras API 107 dan 138.

PETALING JAYA: Cheras dan Pelabuhan Klang merupakan dua kawasan yang mencatatkan kualiti bacaan udara tidak sihat hari ini, masing-masing di paras API 107 dan 138.

Pembakaran terbuka juga telah dikesan di beberapa bahagian dalam daerah Sepang dan kawasan Johan Setia di Kuala Lumpur.

Sehingga pukul 11 pagi tadi, Jabatan Alam Sekitar mendapati 30 lagi kawasan lain mencatatkan bacaan sederhana manakala 18 lokasi merekodkan bacaan baik.

Kawasan lain yang mencatatkan julat tidak sihat di antara 101 dan 200 termasuklah Shah Alam (95), Petaling Jaya (92) dan Kajang (97).

Sehingga tengah hari tadi, jarak penglihatan di Subang dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur adalah kurang empat kilometer.

Petaling Jaya merekod bacaan-bacaan jarak penglihatan dua kilometer pada pukul 9 pagi dan kemudiannya bacaan itu bertambah baik kepada lima kilometer pada pukul 12 tengah hari.

Sementara itu REUTERS melaporkan jumlah kebakaran hutan di Indonesia yang semakin meningkat turut memberi kesan jerebu kepada Malaysia.

Sehingga kini 47 "titik panas" direkodkan di wilayah Riau di Sumatera.

Rekod tersebut berdasarkan pengawasan satelit dan suhu dikesan pada tahap luar biasa tinggi ialah 35 darjah Celcius (95 F).

"Bilangan titik panas berpotensi untuk meningkat dan situasi jerebu bertambah buruk jika tiada hujan," kata ketua Agensi Meteorologi, Klimatologi dan Geofizik di Riau, Blucer Dolok Saribu-mStar Online.

Isnin, Jun 01, 2009

Jet hilang dipanah petir

Pesawat Air France yang membawa 228 orang dari Brazil ke Paris dilaporkan hilang di Lautan Atlantik kira-kira pukul 10.20 malam tadi waktu tempatan --fotoREUTERS

Jet Air France hilang bersama 228 orang, dipercayai dipanah kilat

SAO PAULO (Brazil): Sebuah jet Air France yang membawa 228 orang dari Rio de Janeiro ke Paris hilang selepas dipercayai menempuh kilat dan ribut petir kuat semasa melalui Lautan Atlantik.

Related Posts with Thumbnails