| Harakahdaily |
| KEPALA BATAS, 19 Dis: Pakatan Rakyat memutuskan calon PAS akan bertanding dalam pilihan raya kecil Dun Tenang, Labis, Johor bagi mewakili Pakatan Rakyat. Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan itu dicapai dalam mesyuarat Majlis Pimpinan Pakatan Rakyat yang diadakan seiring dengan konvensyen itu. "Saya telah mendapat jaminan dari DAP dan PKR bagi memastikan calon kita menang dalam pilihan raya kecil itu nanti," kata Anwar ketika membuat ucapan penggulungan dalam Konvensyen Pakatan Rakyat di Dewan Millenium dekat sini. Pilihan raya kecil Tenang akan diadakan ekoran kematian Adun Tenang, Datuk Sulaiman Taha baru-baru ini. Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) perlu mengadakan pilihan raya itu dalam tempoh 60 hari. Dalam ucapannya juga Anwar mengumumkan, berikutan kejayaan MB Summit baru-baru ini, para menteri besar dan ketua menteri Pakatan Rakyat akan mengadakan sekali lagi persidangan itu akhir Februari tahun depan. Mereka adalah MB Kelantan, Selangor, Kedah dan Ketua Menteri Pulau Pinang. |
Teman Kome Weh....
Ahad, Disember 19, 2010
Calon PAS wakili Pakatan di Tenang
Jumaat, Disember 17, 2010
Adun Tenang kembali ke Rahmatullah
Dilulus untuk paparan oleh SongkokPutih
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Dato’ Sulaiman Taha telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.Allahyarham dimasukkan ke hospital pada 24 November lalu berikutan rawatan lanjut akibat penyakit kencing manis
Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 Nov dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.
Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.
Abdul Razak berkata, beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.
Sulaiman dipilih Adun Tenang pada pada pilihan raya 2004 dan mengekalkan kerusi itu pada pilihan raya umum yang lepas
Semoga roh beliau dicucuri rahmat oleh Allah swt.Profil Allahyarham: http://adun.johordt.gov.my/index.php/tenang/2009/06/22/profail-adun-2
Ini bermakna akan berlaku pilihanraya kecil lagi kerana belum cukup 3 tahun selepas PRU 12 tahun 2008.
Tenang dilihat sebagai kubu kuat Umno dan pada pilihan raya umum 2008, apabila Sulaiman mengalahkan lawannya, Mohd Saim Siran dari PAS dengan kelebihan 2,492 undi.
Awal petang semalam, Bernama memetik setiausaha Umno Labis, Abdul Razak Abdul Rashid, sebagai berkata Sulaiman dirawat di Hospital Ampang Puteri di Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan dalam keadaan stabil.
Katanya, Sulaiman, 59, menghidap demam biasa sekembalinya daripada menghadiri majlis sambutan Hari Keputeraan Sultan Johor pada petang 23 November dan dimasukkan ke Hospital Daerah Segamat pada hari yang sama setelah doktor mendapati kadar kandungan gula dalam badannya tinggi.
Beliau kemudiannya dipindahkan ke Hospital Ampang Puteri pada hari berikutnya dan terpaksa menggunakan alat bantuan pernafasan untuk menjalani rawatan selanjutnya.
Abdul Razak berkata beliau difahamkan oleh pihak hospital keadaan Sulaiman adalah stabil namun perlu menjalani rawatan lanjut kerana disyaki terdapat kuman dalam darahnya.
Selasa, Disember 14, 2010
Bekas Hakim Didapati Bersalah Tujuh Tuduhan Rasuah
IPOH 14 DIS : Bekas Hakim Mahkamah Tinggi Syariah, Hassan Basri Markum hari ini didapati bersalah bersabit kesemua tujuh tuduhan rasuah oleh Mahkamah Sesyen, di sini.
Hassan Basri, 54, telah dituduh dengan tujuh tuduhan rasuah yang melibatkan lebih dari RM35,000 di Taman D.R. Seenivasagam pada 6 September 2007.
Dia dipercayai telah, antara lain, menerima rasuah dari RM1, 100 daripada Mohamad Imran untuk mengeluarkan sijil perkahwinan bagi membolehkan Mohd Jefri Afandi Ahmad dan Nur Liza Musa berkahwin tanpa melalui prosedur yang betul.
Beliau juga dituduh meminta rasuah sebanyak RM1,100 bagi mengahwinkan Mohamad Asri A. Bakar dan pasangannya,Nor Farihan Hassan tanpa melalui prosedur yang betul.
Isnin, Disember 13, 2010
Peruntukan RM500 Juta Untuk Pastikan Karya Seni Kreatif Berkualiti Tinggi Dan Kompetitif

December 13, 2010 16:54 PM
Beliau berkata peruntukan itu yang disediakan kementerian dan berkuat kuasa pada 1 Jan depan akan disalurkan melalui pelbagai cara, iaitu melalui skim geran, subsidi serta bantuan pinjaman secara mudah.
Melalui SKMM, beliau berkata, bantuan itu tidak hanya dikhususkan kepada industri perfileman tetapi juga produksi lain yang berbentuk kreatif dan berkaitan dengan media, animasi, teknologi serta komunikasi.
-- BERNAMA
We provide (subscription-based)
news coverage in our Newswire service.
Sabtu, Disember 11, 2010
Malaysiakini: DAP Selangor - Ronnie Lucut, Melayu Dilantik
DAP Selangor melantik lima anggota baru ke dalam jawatankuasa kepimpinan negeri itu, termasuk seorang pemimpin berbangsa Melayu, Azman Masri.
Bagaimanapun exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang tewas pada pemilihan bulan lalu ditinggalkan daripada senarai pimpinan negeri kali ini.
Menurut setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik, Ean Yong Hian Wah, kelima-lima mereka menganggotai jawatankuasa itu yang bermesyuarat buat kali pertama semalam, setelah mereka dipilih dalam konvensyen negeri sebelum ini.
“Lima ahli yang dilantik adalah Azman Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis Perbandaran Sepang),” katanya dalam satu kenyataan.Pada pemilihan 28 November lalu, Teresa Kok dilantik sebagai pengerusi DAP Selangor meskipun hanya mendapat mendapat 437 undi dan berada di tangga ke-11daripada 15 yang layak menganggotai jawatankuasa negeri itu.
Jawatan lain adalah Tony Pua (Timbalan Pengerusi), Teng Chang Khim dan Charles Santiago (Naib Pengerusi), Ean Yong Hian Wah (Setiausaha) Ng Suee Lim (timbalan Setiausaha), Hannah Yeoh (Bendahari), Lau Weng San (Setiausaha Program), Teo Nie Ching (Penolong Setiausaha Program), Jenice Lee (Setiuasaha Publisiti), Lim Soon Hong (Penolong Setiausaha Publisiti), Tiew Way Keng (Pengarah Pendidikan Politik).
Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S.Ramakrishnan, T.Kannan, Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang Leng Kiat dan Lwi Kian Keong.
Dipetik dari: www.malaysiakini.com/bm
Jumaat, Disember 10, 2010
KPKK beli terus karya penulis
Menterinya, Datuk Seri Rais Yatim, berkata dasar yang diperkenalkan dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) kira-kira lima tahun lalu bagi melindungi penulis daripada penerbit dan pengedar yang cuba mengaut keuntungan tinggi daripada karya mereka.
"Dasar ini sudah dibuat pada tahun 2006, jadi ia hanya untuk mengingatkan semula supaya di samping membeli buku dari penerbit, kita juga perlu terus membeli buku dari penulis sebab keadaan penulis di negara ini agak daif," katanya ketika melancarkan buku "The Times and Chimes of Joe Chelliah: Notes of A Malaysian Musician" dan Pendidikan Muzik Kontemporari Karya Johami Abdullah @ Joe Chelliah" di Galeri Kompleks Sultan Abdul Samad di Kuala Lumpur hari ini.
Rais berkata, PNM akan diminta membuat beberapa rumusan bagi memudahkan kementerian mengumpul maklumat sebelum cadangan mengaktifkan semula dasar itu dibawa ke perhatian jemaah menteri dalam tempoh terdekat.
Kadar maksimum bagi pembelian satu judul hasil penulisan mengikut dasar berkenaan ialah RM25,000.
Beliau juga berkata, hasrat mengaktifkan semula dasar itu adalah tepat bagi memenuhi permintaan kerana data PNM menunjukkan terdapat peningkatan minat membaca di kalangan kanak-kanak berusia 10 tahun ke atas, yang membaca lebih daripada dua naskhah buku setahun, selain kewujudan 1,008 perpustakaan di seluruh negara.
Rais berkata, sebagai rangsangan, penulis kreatif boleh memohon peruntukan Dana Industri Kreatif berjumlah RM200 juta jika berhasrat menghasilkan karya berbentuk cereka, novel atau skrip televisyen dan filem berkualiti, yang boleh dianggap sebagai penulisan kreatif.
"Kita inginkan beberapa genre penulisan lagi supaya tahap penulisan kreatif ini dapat mencapai satu keseronokan dan tarikan kepada rakyat yang mencantumkan citarasa kita, dan sebab itulah dana yang saya sebutkan tadi relevan untuk kita pohon sekiranya ada pihak yang ingin menjadikannya sebagai skrip filem atau tv," katanya.
- Bernama
Khamis, Disember 02, 2010
Jutawan Air
Azamin Amin
Fri | Mar 13, 09 | 2:58:08 pm MYT
Perkara ini diungkap kembali oleh Ahli Parlimen Permatang Pauh Dato' Seri Anwar Ibrahim ketika membahaskan rang undang-undang perbekalan tambahan 2009 yang dalam masa yang sama menjawab soalan Ahli Parlimen Titiwangsa Dr. Lo' Lo' Ghazali berhubung gaji dan elaun pengurus atau pengarah GLC.
"Apa dan mengapa nak dirahsiakan gaji GLC ini? Gaji syarikat boleh dibuka. Oleh sebab itu seperti mana yang saya sebutkan tadi, keadaan di Syarikat Bekalan Air Selangor bila tanggungan begitu bila sudah naikkan beban bagi rakyat, baru kita tahu rupa-rupanya pengurusnya RM5.1 juta.
"Itu basic belum lagi elaun-elaun tambahan. Ini keterlaluan kalau dibiarkan keadaan begitu," kata Anwar.
Sementara itu turut menarik perhatian ahli-ahli dewan ialah Zulkifli Noordin(KeADILan -Kulim Bandar Baharu) yang membuat pecahan kiraan gaji pengerusi syarikat air itu yang boleh dimanfaatkan oleh rakyat.
"Saya buat 'simple calculation' ini. Pada gaji RM5.1 juta setahun, bermakna gaji beliau RM425,000 sebulan. Satu hari, gaji dia RM14,166... Satu jam gaji dia RM1,770. Satu minit, dia dibayar RM29.51...
Kata Zulkifli gaji beliau itu boleh membayar gaji 34 Ahli Parlimen sebulan ataupun boleh membayar 425 anggota polis dengan gaji RM1,000 sebulan.
"Bermakna lima unit FRU boleh ditanggung dengan gaji beliau... ataupun kalau bil air... RM100 sebulan, boleh membayar 4,250 rumah atau kalau bil air itu RM50, boleh bayar 8,500 sebulan," katanya yang menyebabkan ramai ahli parlimen ketawa dan cuba mencelah. - azm_
http://harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=19830&Itemid=31
