Teman Kome Weh....

Isnin, April 06, 2009

Rumah pengundi atas pagar ....


foto ehsan: Topeng Perak Unmasked.

Ahad, April 05, 2009

Ngah Ibrahim atau Tengku Menteri

Ngah Ibrahim atau Tengku Menteri merupakan seorang jutawan yang berpengaruh di negeri Perak. Kota Ngah Ibrahim dibina bagi melindungi kekayaan beliau. *melihat pada alatan dalam rumah Ngah Ibrahim memang beliau sangatlah kaya*. Beliau kaya kerana menguasai bijih timah di Larut. Bapanya Long Jaafar telah menemui bijih timah ini daripada gajah kepunyaan arwah. Gajah ini telah hilang selama tiga hari. Setelah dijumpai, Long Jaafar mendapati kaki gajahnya disaluti lumpur keras, dan setelah diselidiki ia adalah bijih timah. Disebabkan penemuan itu, daerah itu dinamakan Larut sempena dengan nama gajah tersebut, Sri Larut.



Bangunan dan kota ini dibina oleh Ngah Ibrahim, digunakan sebagai kediaman rasmi Ngah Ibrahim dan keluarga, juga dijadikan pusat pentadbiran, pertahanan dan penyimpanan bijih timah. Rumah ini pernah dikuasai oleh puak Ghee Hin semasa Perang Larut I dan dijadikan markas jepun semasa jepun datang ke Tanah Melayu. Selain itu rumah ini pernah dijadikan Maktab Perguruan Melayu pertama sebelum ia dipindahkan menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris di Batu Gajah. Pernah juga dijadikan Sekolah Rendah Melayu yang pertama, sebelum ia dipindahkan menjadi Sekolah Kebangsaan Matang.



Banyak sekali fakta yang ingin saya kongsi, sampai saya sendiri tak tahu di mana harus saya mulai. Apa pun yang boleh saya katakan, saya merasa amat sayu dan sedih setelah mengetahui kisah perjuangan Ngah Ibrahim. Semasa dalam buangan British di Pulau Seychelles beliau telah beberapa kali merayu pada pihak British supaya menghantarnya pulang ke Tanah Melayu. Tapi British tak izinkan sebab British tahu kalau beliau kembali ke Tanah Melayu, pasti orang Melayu akan menentang British semula.

Rumah Ngah Ibrahim ini pernah dijadikan mahkamah bagi perbicaraan Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Pandak Endut, Sipuntum serta lain-lain lagi yang dituduh membunuh Residen Inggeris Pertama di Perak, JWW Birch. Dato' Maharajalela, Dato' Sagor dan Pandak Endut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala lain-lain yang terlibat sama itu dihukum penjara seumur hidup. Penjara itu juga berada dalam rumah Ngah Ibrahim ini. Setelah Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seychelles bangunan rumah Ngah Ibrahim dijadikan pejabat pentadbiran British pula.

dipetik dari http://hayad.blogspot.com/2006/12/lawatan-cik-kiah-sambil-belajar.html



Kenapa begini?

Sabtu, April 04, 2009

Kecoh di Masjid Pekan Terong

Petugas Pemuda PAS Selangor akur dengan arahan kasar dari pengerusi mesjid yang naik berang kononnya tidak mahu mana-mana parti politik berada dalam kawasan mesjid. saya sempat bertanya "adakah abang pakai duit abang untuk bina mesjid ini, menyungguh sangat, sabarlah" rupanya dia makin naik minyak. Maklumlah terlalulah UMNOnya dan Islam Hadharinya.

Petugas Pemuda PAS Selangor ditempelak secara kasar oleh pengerusi masjid yang naik berang kononnya tidak mahu mana-mana parti politik berada dalam kawasan masjid.

Sebelum itu kenderaaan dan petugas memulai mengagihkan kelapa jelly dan risalah di dalam kawasan mesjid berhampiran pintu pagar utama. Disinilah bermulanya episod naik angin dan suara tinggi "saya diamanahkan untuk jaga mesjid ini, saya minta keluar". Semuanya tenang dan terkawal perasaannya kecuali si pengerusi mesjid yang nampaknya sudah "hilang air sembahyangnya".

Sebelum itu kenderaaan dan petugas PAS mulai mengagihkan kelapa jelly dan risalah di dalam kawasan masjid berhampiran pintu pagar utama. Disinilah bermulanya episod naik angin dan suara tinggi “saya diamanahkan untuk jaga masjid ini, saya minta keluar”. Semuanya tenang dan terkawal perasaannya kecuali si pengerusi masjid yang nampaknya sudah “hilang air sembahyangnya”.

aksi dari jauh, cekak pinggang berbaju putih itulah si pengerusi mesjid. Anehnya yang lain tidak menyokongnya, nmpaknya layak letak jawatan kerana sudah buat keputusan sendiri dan halau tetamu Allah sesuka hati.

Aksi dari jauh, cekak pinggang berbaju putih itulah si pengerusi masjid. Anehnya yang lain tidak menyokongnya.

Rabu, April 01, 2009

NIZAR masuk BN?

Aku dan UMNO

manlukeman: aku sekadar mahu berkongsi mengenai artikel yang terpampang di Utusan Malaysia hari ini..menarik aku rasa…secara kebetulan aku sendiri tak perasan benda nih..

hasil nukilan seperti nama di bawah

DR. SHARIFUDIN LUBIS, Fakulti Bahasa Moden dan Komunikasi, Universiti Putra Malaysia

MEMANG ada kebenarannya apa yang diperkatakan oleh Tan Sri Khalid Abdullah dalam Utusan Malaysia kelmarin tentang mengubah semula nama UMNO kepada Pekembar. Penggunaan nama United Malay National Organisation telah secara dasarnya menyesatkan roh Melayu dan mengelirukan jati diri pertubuhan yang sepatutnya menyatukan orang Melayu.

Daripada segi sejarah, dengan maksud Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (Pekembar), pertubuhan ini telah berjaya menyatukan seluruh parti Melayu semenjak sebelum merdeka.

Justeru Pekembar sebenarnya lebih relevan dalam usaha menyatukan orang Melayu tanpa mengira negeri, fahaman dan pegangan politik masing-masing.

Malah, latar belakang akademik dan kecenderungan agama juga boleh dilangkaui. Yang penting asalkan orang Melayu.

Dalam sebuah daripada masterpiece Allahyarham Tan Sri P. Ramlee, iaitu Pendekar Bujang Lapuk, saya teringat satu dialog yang dituturkan oleh Sudin ketika mereka melintasi sekolah yang mengajar orang tua.

Justeru ketiga-tiga watak; Ramli, Sudin dan Ajis digambarkan sebagai buta huruf, mereka cuba meneka tulisan pada papan tanda sekolah itu. Dialog itu lebih kurang berbunyi begini: “Alif (A) mim (M) nun (N) wau (U/O), alif (A) tendang wau (U/O); SARKAS!”

Sama ada disedari atau tidak, jika dibunyikan akan disebut “AMNU/O” (UMNO!). Jika benar itulah yang tersirat di sebalik dialog tersebut, pada waktu itu lagi P. Ramlee sudah dapat meramalkan, jika orang Melayu gagal ‘membaca’ alif mim nun wau, dan apabila alif tendang wau, yang tinggal hanyalah huruf alif (A), mim (M) dan nun (N) yang boleh diterjemahkan sebagai “Akhirnya Melayu Nazak”.

Bagaimanapun, sebelum sampai ke tahap nazak itu, orang Melayu akan menjadi bahan tontonan seperti dalam persembahan sarkas.

Itulah yang dilihat sedang berlaku dalam kalangan orang Melayu sekarang. Belum selesai masalah kemiskinan tegar, penguasaan ekonomi, penyalahgunaan dadah, ajaran sesat, hedonisme, merempit dan sebagainya, muncul lagi aksi-aksi perebutan kuasa, politik wang, fitnah-memfitnah, penderhakaan, saman-menyaman, lompat-melompat dan macam-macam lagi.

Dari luar lingkungan itu, semua aksi tersebut sangat menarik untuk ditonton, dan saya yakin jangkauan penonton bukan sahaja terhad setakat dalam negeri tetapi juga penonton antarabangsa. Saya juga yakin, ramai penonton yang ‘membayar’ untuk memastikan aksi-aksi ngeri itu tetap berlanjutan!

Masihkah pemimpin-pemimpin Melayu tidak sedar akan falsafah tersirat di sebalik dialog Pendekar Bujang Lapuk itu? Rakyat nampaknya lebih arif tentang hal tersebut, barangkali kerana mereka ada banyak masa untuk menonton filem berkenaan yang tidak jemu-jemu ditayangkan media elektronik kerana rating penonton masih tetap tinggi.

Atau apakah Ketuanan Melayu hanya memegang falsafah Pendekar Mustar; “hantam sajalah”, walaupun langkah anak muridnya sumbang? Jika boleh diterjemah ketuanan itu sebagai raja dan rakyat yang menjadi mengundi, saya fikir golongan pembesar (pemimpin) Melayu perlu segera sedar bahawa raja-raja telah melafazkan kegusaran mereka, manakala rakyat telah bersuara dalam pilihan raya umum dan dua pilihan raya kecil yang lalu. Perlukah menunggu pula beberapa pilihan raya kecil lagi yang bakal berlangsung?

Buat sekian kalinya, suara-suara dan harapan penyatuan orang Melayu khususnya yang diwakili oleh UMNO dan Pas mulai kedengaran lagi. Adalah diharapkan para pemimpin Melayu akan tulus dan telus menyahut seruan ini dengan mengetepikan ego masing-masing.

Jangan lagi asyik beretorik kerana itu hanya akan lebih mengelirukan rakyat. Jika berlaku percanggahan hukum-hakam dan perundangan seperti yang melanda negeri Perak sekarang, kembalilah kepada satu lagi sumber yang kita wajib percaya; iaitu al-Quran dan Sunah.

Pemimpin Melayu juga harus sentiasa insaf bahawa sebagai Muslim, kita wajib percaya bahawa setiap pemimpin akan ditanya akan kepemimpinannya di akhirat nanti.

Jadi sewajarnyalah kita kembalikan citra Melayu Muslim itu dalam segala tindak-tanduk kita supaya perjuangan kita diberkati Allah. Keberkatan itulah yang dinantikan oleh setiap umat Melayu kini. Dengan paksi ini sahajalah kita akan kembali disegani kaum lain dan tidak lagi diperkotak-katikkan seperti sekarang.

Tutuplah segala pekung dengan musyawarah. Janganlah terus-terusan bersorak kerana kita khuatir kampung halaman akan tergadai. Janganlah juga kita ‘biarkan si Luncai terjun dengan labu-labunya’ sambil bernyanyi “biarkan, biarkan!”

Karikatur menarik di Bukit Gantang



Selasa, Mac 31, 2009

Related Posts with Thumbnails