Teman Kome Weh....

Khamis, April 30, 2009

Pilihanraya Kecil di Selangor selepas Penanti?



K Kabilan | Apr 30, 09 2:12pm
ADUN Kota Alam Shah, M Manoharan yang sedang ditahan di bawah ISA, dipercayai sedang menimbang untuk mengosongkan kerusi tersebut, demikian Malaysiakini difahamkan.

Satu sumber yang rapat dengan peguam tersebut berkata, beliau semakin kecewa kerana tidak dapat memberi khidmat kepada para pengundinya di DUN tersebut.

manoharan wife hindraf deepavali message 281008 s pushpaneela"Beliau juga menyedari bebanan yang ditanggung oleh isterinya yang terpaksa menjadi wakilnya semasa ketiadaannya sekarang," tambah sumber itu.

"Isterinya, S Pushpaneela (kanan), terpaksa membahagikan masanya antara menjadi empat anak-anak mereka, menjaga firma guamannya dan kawasan pilihanrayanya.," kata sumber itu lagi.

Manoharan ditahan di bawah ISA pada 13 Disember 2007 bersama empat lagi pemimpin Hindraf.

Beliau merupakan penasihat undang-undang Hindraf, yang telah diharamkan oleh kerajaan.

Manoharan bertanding atas tiket DAP di DUN Kota Alam Shah, Selangor dalam pilihanraya umum tahun lalu, dan berjaya menewaskan calon BN dari Greakan, Ching Su Chen dengan majoriti 7,184 undi.- sumber: malaysiakini

Rabu, April 29, 2009

Sendiwara politik terkini



Dr Mansor Othman, Timbalan Pengerusi Perhubungan KeADILan Pulau Pinang dinamakan sebagai calon PRK DUN N.12 Penanti oleh DSAI malam tadi. Ketika pengumuman dibuat Fairus yang meletakkan jawatan sebagi Ahli Dewan Undangan Negeri Penanti ada bersama dan bersalaman dengan Dr Mansor Othman (foto). Apakah ini sendiwara politik KeADILan? Begitu mudah melepaskan jawatan kemudian orang yang ditunjuk pula bertanding. Apakah KeADILan ingin mengekalkan momentum sokongan pengundi supaya berkekalan sehingga ke PRU 13?

Sendiwara politikkah ini?


Isnin, April 27, 2009

Karyawan Pk sokong GAPENA



Presiden Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk], Hj Zabidin Ismail (foto) menyokong penuh saranan Ketua Satu GAPENA, Tan Sri Prof Emiretus Dr Ismail Hussin agar Bahasa Melayu sebagai bahasa Kebangsaan diperkasakan dalam konsep Satu Malaysia yang diperkenalkan oleh Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak.
Menurut beliau, Karyawan Pk sudah lama memperjuangkan perkembangan Bahasa Melayu dan hari ini sudah sampai masanya setiap warganegara Malaysia fasih bertutur dalam bahasa Kebangsaan tanpa mengira keturunan. Tambahnya, setelah negara merdeka melebihi 50 tahun, sewajarnya setiap rakyat di negara ini mampu bertutur dan menulis dengan baik tanpa memperlekehkan bahasa rasmi itu.
Kelmarin 26 April 2009, Ismail Hussin dalam akhbar telah menyarankan bahawa Bahasa Melayu perlu diperkukuhkan dalam konsep Satu Malaysia kerana ia adalah aset berharga yang perlu dipelihara sebagai pusaka bangsa yang tiada tolok bandingnya.
Tambah Zabidin lagi, negara akan maju jaya dengan menggunakan satu bahasa dalam semua aspek kehidupan dan Malaysia berupaya mengembalikan peranan bahasa Melayu sebagai lingua frangka bagi Nusantara di zaman silam.
Sambil memberikan slogan "cinta Malaysia, cintailah bahasanya" Zabidin berharap Perdana Menteri akan berjaya dalam misinya untuk mengotakan konsep Satu Malaysia di negara ini.

Sabtu, April 25, 2009

SENARAI PENGERUSI, TIMBALAN UMNO NEGERI


PERDANA Menteri Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang juga Presiden Umno sempat membetulkan kedudukan songkoknya sebelum memulakan sidang media selepas mempengerusikan mesyarat Majlis Tertinggi (MT) parti di Menara Datuk Onn hari ini. Turut hadir Timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (kanan). Ini merupakan mesyuarat MT pertama yang dipengerusikan Mohd Najib selepas dilantik Presiden parti pada Mac lepas. --fotoBERNAMA

BERIKUT ialah senarai Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri diumumkan hari ini:

PERLIS:

Pengerusi: Datuk Seri Md Isa Sabu (muka baru)

Timbalan Pengerusi: Datuk Zahidi Zainul Abidin

KEDAH:

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (muka baru)

Timbalan Pengerusi: Datuk Paduka Ahmad Bashah

PULAU PINANG:

Pengerusi: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (muka baru)

Timbalan Pengerusi: Datuk Zainal Abidin Othman

PERAK:

Pengerusi: Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir (muka baru)

Timbalan Pengerusi: Datuk Ahmad Husni Hanazlah

SELANGOR:

Pengerusi: Datuk Seri Najib Tun Razak (muka baru)

Timbalan Pengerusi: Datuk Noh Omar

WILAYAH PERSEKUTUAN:

Pengerusi: Tan Sri Muhyiddin Yassin (muka baru)

Timbalan Pengerusi: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abdidin

NEGERI SEMBILAN:

Pengerusi: Datuk Seri Mohamad Hasan

Timbalan Pengerusi: Datuk Shaziman Abu Mansor

MELAKA:

Pengerusi: Datuk Seri Mohd Ali Rustam

Timbalan Pengerusi: Datuk Wira Abu Seman Yusop

JOHOR:

Pengerusi: Datuk Abdul Ghani Othman

Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Latif Ahmad

PAHANG:

Pengerusi: Datuk Seri Adnan Yaakob

Timbalan Pengerusi: Shakar Samsudin

TERENGGANU:

Pengerusi: Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (muka baru)

Timbalan Pengerusi: Datuk Ahmad Said

KELANTAN:

Pengerusi: Datuk Mustapa Mohamed (muka baru)

Timbalan Pengerusi: Datuk Dr. Awang Adek Hussein

SABAH:

Pengerusi: Datuk Seri Musa Aman

Timbalan Pengerusi: Datuk Seri Salleh Said Keruak

dipetik drp mStar Online

Khamis, April 23, 2009

Kuota 30% untuk Bumiputera akan dihapuskan


Perdana Menteri, DS Najib Tun Razak hari ini mengumumkan satu perkara besar dimana kuota 30 peratus ekuiti bumiputera dalam sektor perkhidmatan awam dimansuhkan. Berita lanjut sila klik...

Apakah pandangan anda tentang hal di atas?

Rabu, April 22, 2009

Speaker Dewan Rakyat disaman


Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh yang digantung selama setahun daripada menghadiri sidang Dewan Rakyat, akan membawa kes itu ke mahkamah esok.

Saman tersebut akan difailkan terhadap Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, kata bapa Gobind, Karpal Singh.

Ia ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan minggu lalu yang membatalkan penggantungan Speaker DUN Perak, V Sivakumar ke atas Menteri Besar BN Perak, Datuk Zambry Abd Kadir dan enam exco kerajaan negeri.

"Kes Perak itu telah mewujudkan duluan (precedent) untuk membawa perkara (penggantungan) tersebut ke Mahkamah Persekutuan," kata Karpal, yang juga ahli Parlimen Bukit Gelugor.

Tindakan Gobind itu, bila difailkan esok, merupakan yang pertama dibuat terhadap keputusan speaker Dewan Rakyat.

Bulan lalu, Gobind telah digantung selama setahun, tanpa sebarang bayaran elaun dan faedah lain, ekoran kenyataannya dalam dewan terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - Malaysiakini.
Related Posts with Thumbnails