Seramai 27 ADUN BN dan tiga ADUN bebas di Perak membuat laporan polis hari ini terhadap Speaker Pakatan Rakyat, V Sivakumar yang didakwa menyalahgunakan kuasa berhubung kekecohan semasa persidangan DUN 7 Mei lalu.
Kesemua mereka yang menaiki sebuah bas kerajaan negeri, tiba di balai polis Sungai Senam di Ipoh pada jam 2.15 petang untuk membuat laporan mereka.
Exco Kanan Kerajaan Perak Datuk Hamidah Osman berkata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dijangka membuat laporan serupa esok, lapor Bernama
Ketua Polis Daerah Ipoh Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut-Malaysiakini |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan