Teman Kome Weh....

Sabtu, Disember 19, 2009

Sejarah dunia: enjin pesawat TUDM dicuri





Enjin F-5E TUDM dijual kepada syarikat di Amerika Selatan

BAGAN DATOH 19 Dis. — Enjin pesawat pemintas F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) disedari hilang pada 2007 telah dijual kepada sebuah syarikat antarabangsa dari sebuah negara yang berpangkalan di Amerika Selatan, kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, syarikat antarabangsa itu dipercayai telah mengupah ejen tertentu untuk melarikan enjin pesawat bernilai RM50 juta itu ke luar negara.

"Kementerian akan mengambil tindakan dari segi perundangan peringkat antarabangsa untuk mendakwa syarikat yang terbabit mengupah untuk melarikan enjin itu ke luar negara.

"Mereka yang terbabit dalam kumpulan bawahan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) merupakan pengkhianat kepada negara dan wajar dikenakan undang-undang yang tegas,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Alam Sekitar di sini hari ini. - Bernama

1 ulasan:

  1. AsSalam Mualaikum.. Alhamdullillah..syukur!!
    Tahniah kpd. Men.Pertahanan DS Ahmad Zahid Hamidi, kerana tanpa gerun dan gentar mendedahkan angkara yg serong sebegini..!

    Moga2 bertambah tinggi lah Mertabat kaum Muslimin Muslimat di M'sia..!! Dan di doakan moga banyak lah lagi Kaum Muslim Melayu yg Mencontohi sifat Perkerti seumpama itu. Bila mana mereka memegang tampuk kuasa.

    ALLAH HU AKHBAR... Allah yg Maha Besar lagi Maha Mengetahui.!!
    Salawat dan Salam ke atas Nabi Junjungan , Nabi Muhammad SAW.

    Mari lah kita berpesangka Baik sesama Islam .
    Jangan lah kita leka..akan tipu Muslihat si Kafir/Kufar lanat-tullah...mereka hanya lah Perosak lagi Menjahanamkan saje...!!

    Bt.2 1/2, Jln.Simpang...perRumahan Awam...!!

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails