Teman Kome Weh....

Rabu, Februari 03, 2010

Zambry yakin Umno boleh kuasai 34 kerusi DUN Perak

;">

Oleh G. Manimaran


IPOH, Feb 1 — Datuk Seri Zambry Abd Kadir (gambar) yakin Umno boleh memperoleh 34 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Bagaimanapun Menteri Besar itu menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN hanya kerana desakan pembangkang di negeri itu.

Zambry juga berkata beliau tidak akan sama sekali ‘menari’ ikut rentak Pakatan Rakyat (PR) yang mendesak agar diadakan pilihan raya tergempar.

Sebaliknya beliau mencabar wakil rakyat PR agar melepaskan kedudukan masing-masing untuk membuktikan populariti mereka yang sebenar.

“Ya, saya yakin... tetapi ingat saya juga sedang bekerja rapat secara bebas dengan kumpulan-kumpulan lain untuk mendapatkan pandangan orang ramai,” kata beliau kepada The Malaysian Insider apabila ditanya mengenai pandangan Adun Behrang Jamaluddin Mohd Radzi mengenai jangkaan prestasi parti politik di Perak pada pilihan raya umum akan datang.

Zambry yang juga Adun Pangkor akan mengetahui Selasa depan sama ada kekal sebagai Menteri Besar ataupun sebaliknya.

Mahkamah Persekutuan akan memutuskan kes saman dibawa Datuk Seri Nizar Mohd Jamaluddin.

Beliau dilantik sebagai menteri besar kerajaan Barisan Nasional selepas kerajaan PR tumbang apabila tiga wakil rakyat bertindak keluar sebagai Adun Bebas.

Kerajaan pimpinan Menteri Besar PR Nizar tumbang apabila Jamaluddin dan dua Adun PR yang lain memutuskan untuk bertindak sebagai wakil rakyat Bebas, sekali gus memberi sokongan kepada BN.

“Ia mudah. Jika anda fikirkan bahawa BN takut kerana kami tiada sokongan rakyat, jadi kami memutuskan untuk tidak membubarkan Dewan tetapi saya mahu melihat oleh kerana anda kata mempunyai sokongan rakyat, anda pergi dan meletakkan jawatan kesemua 28 kerusi (di DUN),” katanya.

Apabila dikata bahawa mereka tidak boleh bertanding jika meletakkan jawatan, Zambry berkata pilihan raya adalah untuk menguji populariti parti, bukannya diri individu.

Bagaimanapun beliau menekankan tidak timbul soal DUN dibubarkan sehingga Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak yang juga Perdana Menteri membuat keputusan.

Temu bual penuh bersama Zambry akan disiarkan oleh The Malaysian Insider pada 6 Feb ini, genap setahun Istana Perak melantik beliau sebagai ketua kerajaan negeri yang ke-12.

Dalam temu bual dengan The Malaysian Insider awal minggu lalu, Jamaluddin menjangkakan PAS dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) tidak mampu untuk mengekalkan kerusi yang mereka menang Mac 2008.

Malah, Adun berkenaan menjangkakan jika Umno-BN “bekerja kuat”, kedua-dua komponen PR itu hanya boleh mempertahankan kira-kira 50 peratus kerusi dikuasai ketika pilihan raya umum ke-12.

Justeru kata Jamaluddin, beliau menjangkakan DAP boleh mengekalkan 18 kerusi yang dimenangi mereka.

Umno memperoleh 27 daripada 34 kerusi yang ditandingi.

Salah satu komponen BN, MCA mendapat satu kerusi, menjadikan BN memiliki 28 kerusi iaitu kurang tiga kerusi untuk kekal memerintah Perak pada Mac 2008.

Komponen-komponen BN yang lain kalah teruk.

“Keputusan pilihan raya umum Mac 2008 menunjukkan ada kawasan yang (BN) kalah dengan undi kecil, ada kawasan yang (Pakatan) menang dengan undi yang sedikit.

“Jadi, kalau BN buat kerja baik sikit, khususnya Umno melipatgandakan usaha mereka, Umno boleh menang di kesemua 34 kerusi yang ditandingi pada 2008... bermakna tinggal baki tujuh yang menjadi rebutan antara PKR dan PAS.

“Kalau begitu keadaan, fikir di mana kedudukan PKR dan PAS dalam pilihan raya akan datang... saya yakin DAP akan menang di semua kerusi yang ditandingi pada 2008, yang kebanyakannya terletak di kawasan Lembah Kinta,” kata beliau.

Antara kerusi PR yang dimenang dengan perbezaan undi tipis ialah Lubok Merbau. Calon PAS Mohd Zainudin Mohd Yusof menewaskan wakil BN-Umno, Jamal Nasir Rasdi dengan perbezaan 72 undi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails