Sejarah ketokohan Penglipur Lara Negara, Pawang Ana yang telah lenyap semenjak tahun 1914
akan dinobatkan kembali dalam seminar Pemikiran Pawang Ana yang telah berlangsung pada 25 Oktober 2010 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh.
akan dinobatkan kembali dalam seminar Pemikiran Pawang Ana yang telah berlangsung pada 25 Oktober 2010 di Auditorium Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara, Negeri Perak, Jalan Raja Di Hilir, Ipoh.
Dalam masa yang sama, satu pameran bertajuk “Pawang Ana dan Karyanya” telahpun dilangsungkan dari 23 Oktober 20 hingga 9 November 2010. Pameran ini diadakan di ruang pameran Perpustakaan Awam Perak yang akan mempamerkan biografi ringkas Pawang Ana serta karyanya termasuk ilustrasi wajah Pawang Ana oleh R.O Winstedt (bekas Pegawai Inggeris di Tanah Melayu) yang diterbitkan dalam Malayan Memories pada tahun 1916 London. Lakaran wajah Allahyarham dijumpai oleh mantan Karyawan Tamu, Universiti Malaya, Mohd Zamberi Abdul Malek ketika membuat penyelidikan mengenai R.O Winstedt di London. Di samping beberapa fakta tempatan, lakaran wajah Pawang Ana akan menarik ramai pengunjung ke pameran ini.
Sebelum ini, beliau hanya dikenali sebagai tokoh penutur sastera rakyat atau cerita-cerita lipur lara tetapi tiada pernah mana-mana pihak yang menerbitkan gambarnya.
Program ini mendapat sokongan kuat daripada Pengerusi Jawatankuasa Kebudayaan, Kesenian, Belia dan Sukan Perak, Dato’ Zainol Fadzi Paharudin dan akan merasmi penutup seminar tersebut. Penganjur utama ialah Persatuan Karyawan Perak [Karyawan Pk] dengan sokongan dan dokongan erat daripada Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Perak, Dewan Bahasa dan Pustaka Wilayah Utara, Yayasan Perak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Perbadanan Perpustakaan Awam Perak dan Persatuan Jalinan Rao Malaysia (JARO).

Sebanyak 7 kertas kerja akan dibentangkan oleh beberapa sarjana USM, UPSI dan Nanyang Universiti, Singapura termasuk dari Presiden Karyawan Pk, Zabidin Hj Ismail bertajuk “Biografi dan Sumbangan karya Pawang Ana”
Siapa Pawang Ana?
Pawang Ana juga seorang dukun dan pendekar. Beliau berasal dari Rao, Sumatera Barat dan berhijrah ke Kg. Pulai Gopeng, Perak sekitar tahun 1850-an iaitu ketika arus kedatangan orang-orang Rao (Rawa) ke Perak. Menurut R.O Winstedt, Pawang Ana menggunakan kepakarannya berjaya menemui mayat Residen British di Perak, J.W.WBirch yang hanyut di Sungai perak setelah dibunuh pahlawan Melayu Pasir Salak. Selama tiga hari dua malam Inggeris gagal menjumpai mayat tersebut.
Pawang Ana juga pernah menamakan Kg Batu Masjid, Temoh apabila kawasan itu dibuka oleh Lebai Tenggam pada tahun 1895.
Selaku tokoh Penglipur Lara tersohor, Pawang Ana telah menuturkan sebanyak lima cerita lipur lara dan telah dibukukan oleh R.O Winstedt iaitu Hikayat Raja Muda, Hikayat Malim Deman, Hikayat Malim Dewa, Hikayat Anggun Cik Tunggal dan Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Kelima-lima cerita tuturan Pawang Ana telah dikategorikan sebagai karya agung oleh Yayasan Karyawan.
Pameran ini akan berlangsung selama 16 hari bermula dari 23Oktober hingga 9 November 2010. Orang ramai dijemput hadir bagi mendapatkan maklumat biografi Pawang Ana dengan sebagai penglipurlara negara disamping juga dikenali sebagai seorang dukun dan pendekar. Sehingga kini, belum ada mana-mana institusi yang mempamerkan pameran dan seminar mengenai ketokohan dan karya Pawang Ana di negara ini.
Oleh yang demikian, pengunjung di perpustakaan jangan melepaskan peluang ini dan ambillah
kesempatan yang ada, bagi memastikan dan mengembalikan ‘semula ketokohan Pawang Ana
sebagai penglipurlara Melayu tersohor’ .

Tiada ulasan:
Catat Ulasan