Teman Kome Weh....

Khamis, Januari 20, 2011

ADUN Merlimau meninggal dunia


Jan 20, 11 4:10pm

ADUN Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada jam 8.10 malam ini di Hospital Pakar Putra, Melaka selepas mengalami serangan jantung sejak semalam.

Perkara itu disahkan Ahli parlimen Jasin Datuk Ahmad Hamzah. Beliau merupakan antara pemimpin BN yang berada di hospital berkenaan sejak tengahari.

Kematian Mohd Hidhir dijangka bakal menyebabkan pilihan raya kecil ke-15 diadakan sejak pilihan raya umum 2008.

Mohamad Hidhir dilaporkan dimasukkan ke hospital itu pada minggu lepas bagi menjalani pembedahan membersihkan arteri yang tersumbat pada 13 Jan lalu. Beliau pada mulanya ke hospital itu untuk mendapat rawatan mengenai ketidak selesaan perutnya sejak kembali dari Taiwan pada 10 Januari lepas, dan ujian mendapati arterinya tersumbat.

Terdahulu hari ini, satu laporan berita SMS menyatakan Mohamad Hidhir telah meninggal dunia sedangkan beliau berada dalam keadaan kritikal.

Ketua menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata, beliau mendapati Mohamad Hidhir berada dalam keadaan koma sewaktu melawat ADUN berkenaan petang ini.

"Sewaktu menziarahi beliau sebentar tadi bersama beberapa anggota Exco negeri, beliau berada dalam keadaan koma dan bernafas menggunakan alat sokongan mesin," katanya kepada pemberita di hospital berkenaan.

Mohd Ali dijangka akan mengeluarkan satu kenyataan rasmi berhubung kematian itu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails