Teman Kome Weh....

Sabtu, Februari 28, 2009

Benarkah Kerajaan Barisan Nasional (BN) Perak Tidak Sah


Berikutan krisis politik yang berlaku di Negeri Perak bermula ADUN Bota (BN) lompat parti ke Parti Pakatan Rakyat (PKR) pada 25 Januari 2009, politik Negeri Perak menjadi tumpuan Negara. Masyarakat kurang memahami apa yang terjadi.


Berikut ialah kronologi peristiwa yang berlaku serta fakta-fakta yang berasaskan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Perak Darul Ridzuan yang perlu kita fahami.

Kronologi politik di Perak





25 Jan 09 - ADUN Bota lompat ke PKR.

28 Jan 09 - Desas- desus “kehilangan” 2 ADUN PKR Perak.

30 Jan 09 - Nizar menafikan laporan mengenai anggota exco kerajaan negeri akan menyertai BN.

31 Jan 09 - Desas-desus “kehilangan” seorang ADUN DAP.

1 Feb 09 - Speaker DUN Perak berkata, beliau menerima surat perletakan jawatan ADUN Behrang dan ADUN Changkat Jering yang dihantar ke rumahnya pada 4.45 petang. Kedua-dua ADUN PKR menafikan meletakkan jawatan.

2 Feb 09 - Nizar mengadap Sultan di Istana Kinta. - Speaker memaklumkan kekosongan kerusi DUN Behrang dan DUN Changkat Jering kepada Pengarah SPR Perak.


3 Feb 09 - SPR memutuskan bahawa tidak berlaku kekosongan kerusi serta tidak perlu mengadakan pilihanraya kecil.

4 Feb 09 - Timbalan Perdana Menteri mengumumkan 3 ADUN Bebas kini memberi sokongan kepada BN. Oleh itu BN Perak kini mempunyai majoriti mudah untuk menubukan kerajaan. BN 31 (28 + 3 Bebas) dan Pakatan Rakyat 28 kerusi.

- Nizar mengumumkan bubar dewan sebelum mengadap Sultan Perak untuk meminta perkenan. Seterusnya membuat kenyataan “Terpulang Kepada Tuanku”.

5 Feb 09 - Nizar dititah mengadap dan dimaklumkan Tuanku tidak perkenan membubarkan dewan. Sebaliknya beliau dititah meletakkan jawatan bersama ahli MKK. Jika ingkar, jawatan itu dianggap telah dikosongkan.

“Jika Menteri Besar hilang kepercayaan sebahagian besar ahli DUN, maka Menteri Besar

a. hendaklah mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK)

b. mohon DYMM Tuanku bubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN)”


Soalan 1 : Macam mana DYMM Tuanku boleh tahu MB telah hilang kepercayaan?

Jawapan : DYMM Tuanku boleh:

a. Memanggil ADUN-ADUN untuk mendapatkan pengesahan jumlah / bilangan

ATAU

b. Memanggil sidang DUN untuk usul undi tidak percaya terhadap MB.
[Fasal 16(6) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan]

Soalan 2 : Mestikah DYMM Tuanku perkenankan permohonan pembubaran?

Jawapan : Tidak. Ia tertakluk kepada budi bicara mutlak Tuanku untuk menerima atau menolak.
[Fasal 18(2)(b) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan]

Soalan 3 : Jika MB enggan letak jawatan?

Jawapan : MB tiada pilihan kerana sebaik sahaja perlantikan MB baru, secara automatik jawatan tersebut lucut sebab perlembagaan memperuntukkan hanya seorang MB sahaja.

Soalan 4 : BN 28, PKR 28 dan Bebas 3 - di mana yang dikatakan BN dapat majoriti?

Jawapan : Majoriti tidak berdasarkan parti tetapi bilangan ahli DUN
[Fasal 16(2)(a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Perak Darul Ridzuan]



Fasal 16(2)(a)

Duli Yang Maha Mulia hendaklah mula-mula sekali melantik sebagai Menteri Besar pada mengetuakan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu seorang ahli Dewan Negeri yang pada timbangannya boleh mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu.


Fasal 16(7)
Tertakluk kepada Fasal (6) seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan selain daripada Menteri Besar itu hendaklah memegang jawatan selama keredaan Duli Maha Mulia tetapi seorang ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan itu bolehlah pada mana-mana ketika meletakkan jawatannya.


Fasal 16(6)
Jikalau sekiranya Menteri Besar itu terhenti daripada mendapat kepercayaan sebahagian besar daripada ahli-ahli Dewan Negeri itu, kemudian hendaklah dia mempersembahkan letak jawatan Majlis Mesyuarat Kerajaan itu dikecualikan dengan permohonnnya Duli Yang Maha Mulia membubarkan Dewan Negeri itu.


Fasal 18(2)
Duli Yang Maha Mulia bolehlah memutuskan mengikut timbangannya sendiri pada menjalankan kuasa-kuasa yang tersebut di bawah (sebagai tambahan kepada kuasa-kuasa yang pada menyempurnakannya dia boleh memutuskan mengikut timbangannya sendiri di bawah Perlembagaan Persekutuan) iaitu – (a) Lantikan seorang Menteri Besar (b) Keengganan memberi persetujuan kepada satu permohonan bagi pembubaran Dewan Negeri;

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails