Teman Kome Weh....

Selasa, Februari 24, 2009

Calon popular UMNO dan PAS


Perang politik baru bermula di Bukit Gantang. UMNO yakin menang dalam pertarungan ini. MB (BN) Dr Zamry Abdul Kadir pun begitu yakin kemenangan berpihak kepada UMNO. Katanya apa yang penting ialah meletakkan calon dari kalangan tokoh tempatan. Kami merisik dan memperolehi maklumat UMNO akan meletakkan calon popularnya; Ismail Sapian (Mantan Setiausaha Majlis Daerah Kuala Kangsar) atau Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang, Kamarulalil atau Naib Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang iaitu Kamarudin Abu Bakar atau Jins Shamsudin yang baru dinobatkan sebagai Seniman Negara.
Manakala PAS pula dikatakan akan mempertaruhkan DS Nizar Jamaludin (MB Pakatan Rakyat) atau Ustaz Idris Ahmad (pernah dikalahkan oleh Dato' Mad Isa Ismail PRK Changkat Jering 1997 dan PRU 1999) atau Ahmad Awang (Persuruhjaya PAS Perak) atau Asmuni Awi (Peguam) atau Dr Khairudin Abdul Malik (kalah ditangan TS Rafidah Aziz PRU08 di Kuala Kangsar).
Siapa yang terpilih....tunggu 29 Mac 2009

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails