Teman Kome Weh....

Ahad, April 05, 2009

Ngah Ibrahim atau Tengku Menteri

Ngah Ibrahim atau Tengku Menteri merupakan seorang jutawan yang berpengaruh di negeri Perak. Kota Ngah Ibrahim dibina bagi melindungi kekayaan beliau. *melihat pada alatan dalam rumah Ngah Ibrahim memang beliau sangatlah kaya*. Beliau kaya kerana menguasai bijih timah di Larut. Bapanya Long Jaafar telah menemui bijih timah ini daripada gajah kepunyaan arwah. Gajah ini telah hilang selama tiga hari. Setelah dijumpai, Long Jaafar mendapati kaki gajahnya disaluti lumpur keras, dan setelah diselidiki ia adalah bijih timah. Disebabkan penemuan itu, daerah itu dinamakan Larut sempena dengan nama gajah tersebut, Sri Larut.



Bangunan dan kota ini dibina oleh Ngah Ibrahim, digunakan sebagai kediaman rasmi Ngah Ibrahim dan keluarga, juga dijadikan pusat pentadbiran, pertahanan dan penyimpanan bijih timah. Rumah ini pernah dikuasai oleh puak Ghee Hin semasa Perang Larut I dan dijadikan markas jepun semasa jepun datang ke Tanah Melayu. Selain itu rumah ini pernah dijadikan Maktab Perguruan Melayu pertama sebelum ia dipindahkan menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris di Batu Gajah. Pernah juga dijadikan Sekolah Rendah Melayu yang pertama, sebelum ia dipindahkan menjadi Sekolah Kebangsaan Matang.



Banyak sekali fakta yang ingin saya kongsi, sampai saya sendiri tak tahu di mana harus saya mulai. Apa pun yang boleh saya katakan, saya merasa amat sayu dan sedih setelah mengetahui kisah perjuangan Ngah Ibrahim. Semasa dalam buangan British di Pulau Seychelles beliau telah beberapa kali merayu pada pihak British supaya menghantarnya pulang ke Tanah Melayu. Tapi British tak izinkan sebab British tahu kalau beliau kembali ke Tanah Melayu, pasti orang Melayu akan menentang British semula.

Rumah Ngah Ibrahim ini pernah dijadikan mahkamah bagi perbicaraan Dato' Maharajalela, Dato' Sagor, Pandak Endut, Sipuntum serta lain-lain lagi yang dituduh membunuh Residen Inggeris Pertama di Perak, JWW Birch. Dato' Maharajalela, Dato' Sagor dan Pandak Endut dijatuhkan hukuman gantung sampai mati manakala lain-lain yang terlibat sama itu dihukum penjara seumur hidup. Penjara itu juga berada dalam rumah Ngah Ibrahim ini. Setelah Ngah Ibrahim dibuang ke Pulau Seychelles bangunan rumah Ngah Ibrahim dijadikan pejabat pentadbiran British pula.

dipetik dari http://hayad.blogspot.com/2006/12/lawatan-cik-kiah-sambil-belajar.html



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails