Rabu, 29 Disember 2010 20:51 BlogMaster

Tahniah kepada Pasukan Malaysia
yang telah muncul sebagai
JUARA PIALA SUZUKI 2010
setelah berjaya
menundukkan pasukan Indonesia
SEJARAH TERCIPTA
MALAYSIA 4 - 2 INDONESIA
(Malaysia 1 - 2 Indonesia)
Syabas kepada semua yang terlibat menjadikan kejayaan ini satu realiti
(Gol dijaringkan oleh Safee Sali menjadikannya Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan: 5 Gol)
Piala AFF SUZUKI kini berhijrah buat pertama kali ke MALAYSIA!

Penjaring gol tunggal pasukan Malaysia malam ini yang juga muncul sebagai Penjaring Gol Terbanyak Kejohanan (5 Gol)
SAFEE SALI

Jurulatih K. Rajagobal yang telah berjaya
menyusun tenaga muda untuk mengembalikan
kegemilangan bola sepak Malaysia
KAMI TUMPANG BERBANGGA!!!
Malaysia Juara Piala Suzuki AFF Buat Kali Pertama
JAKARTA Buat julung kalinya, skuad bola sepak Malaysia berjaya merangkul gelaran juara sekali gus membawa balik piala kebanggaan apabila menang secara agregat 4-2 pada perlawanan akhir kedua di Stadium Gelora Bung Karno, Rabu.
Bagaimana pun, skuad kendalian K.Rajagobal itu menerima serangan bertalu-talu daripada pasukan Garuda, namun barisan pertahanan cemerlang memainkan peranan mereka dalam menepis serangan ini.
Pasukan Indonesia nyaris mendapat gol pertama apabila pengadil memberi sepakan penalti selepas bola terkena tangan Mohd Sabree Mat Abu pada minit ke-18, namun sepakan yang dilakukan oleh kapten pasukan Garuda, Firman Utina berjaya diselamatkan penjaga gol negara, Khairul Fahmi Che Mat yang bijak membaca pergerakan pemain tuan rumah itu.
Kedua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
Babak kedua menyaksikan perlawanan lebih menarik selepas pasukan Indonesia lebih banyak mengatur serangan namun pujian sekali lagi harus diberi kepada penjaga gol negara, Khairul Fahmi kerana menyelamatkan gawang dengan percubaan berbahaya terutama sekali hantaran yang dilakukan pemain lincah Indonesia, Muhammad Ridwan.
Biarpun Malaysia jarang melakukan serangan, namun hantaran jauh Mohd Ashari Samsudin di sebelah kanan tepat kepada Mohd Safee Mohd Sali sekali gus membuat lorongan laju menggunakan kaki kirinya terus ke gawang lawan pada minit ke-53.
Gol penyamaan hadir pada minit ke-72 selepas Mohammad Nasuha merembat bola muntahan daripada penjaga gol Khairul Fahmi.
Namun pada babak akhir perlawanan, pemain pertahanan negara, Mohamad Muslim Ahmad silap membuat percaturan apabila cuba menyelamat bola dengan menanduk ke arah gol sendiri.
Perlawanan tamat dengan keputusan 1-2.
Sementara itu, kejayaan ini dianggap lebih manis apabila penyerang negara, Mohd Safee Mohd Sali turut dinobatkan penjaring terbanyak selepas mengumpul lima gol.
Manakala pemain terbaik perlawanan dimenangi oleh pemain tengah Indonesia, Firman Utina.
Pada perlawanan pusingan pertama yang berlangsung Ahad lalu, skuad Harimau Malaya ini telah menundukkan Indonesia 3-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil.mstar




Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Tenang, Dato’ Sulaiman Taha telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 1.10 pagi di Hospital Ampang Puteri, dekat sini.
Menurut perangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya 2008, Tenang mempunyai 49.66 peratus pengundi Melayu, manakala Cina 38.13 peratus, India 12.11 peratus dan bangsa-bangsa lain 0.10 peratus.

Bagaimanapun exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang tewas pada pemilihan bulan lalu ditinggalkan daripada senarai pimpinan negeri kali ini.
Pada pemilihan 28 November lalu, Teresa Kok dilantik sebagai pengerusi DAP Selangor meskipun hanya mendapat mendapat 437 undi dan berada di tangga ke-11daripada 15 yang layak menganggotai jawatankuasa negeri itu.
"Kami di kementerian akan cuba menyusun kembali supaya dasar membeli terus buku-buku dari penulis di Malaysia dihidupkan semula, atau disambung terus setelah ia terabai sebentar oleh kerana beberapa perkara berkaitan teknikal, dan juga pandangan yang tidak terselaras oleh beberapa pihak.
"Malah telah dicatatkan jumlah buku yang dibaca sebahagian besar masyarakat ialah di antara lapan ke sepuluh buah buku setahun. Jadi, dengan peralihan data seperti ini, saya yakin bahawa penerbitan buku dan majalah dapat kita galakkan," katanya.


