Teman Kome Weh....

Sabtu, Disember 11, 2010

Malaysiakini: DAP Selangor - Ronnie Lucut, Melayu Dilantik

E-mel Print PDF

DAP Selangor melantik lima anggota baru ke dalam jawatankuasa kepimpinan negeri itu, termasuk seorang pemimpin berbangsa Melayu, Azman Masri.

azlanBagaimanapun exco kerajaan negeri Selangor, Ronnie Liu yang tewas pada pemilihan bulan lalu ditinggalkan daripada senarai pimpinan negeri kali ini.

Menurut setiausaha DAP Selangor yang baru dilantik, Ean Yong Hian Wah, kelima-lima mereka menganggotai jawatankuasa itu yang bermesyuarat buat kali pertama semalam, setelah mereka dipilih dalam konvensyen negeri sebelum ini.

“Lima ahli yang dilantik adalah Azman Masri (ahli majlis Majlis Daerah Sabak Bernam (MDSB), Ganabatirau Veraman (peguam, aktivis dan ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam dan bekas tahanan ISA), Lee Kee Hiong (ahli majllis Majlis Perbandaran Kajang), Ang Leng Kiat (ahli majlis Majlis Bandaraya Shah Alam) dan Lwi Kian Keong (ahli majlis Majlis Perbandaran Sepang),” katanya dalam satu kenyataan.

azlanPada pemilihan 28 November lalu, Teresa Kok dilantik sebagai pengerusi DAP Selangor meskipun hanya mendapat mendapat 437 undi dan berada di tangga ke-11daripada 15 yang layak menganggotai jawatankuasa negeri itu.

Jawatan lain adalah Tony Pua (Timbalan Pengerusi), Teng Chang Khim dan Charles Santiago (Naib Pengerusi), Ean Yong Hian Wah (Setiausaha) Ng Suee Lim (timbalan Setiausaha), Hannah Yeoh (Bendahari), Lau Weng San (Setiausaha Program), Teo Nie Ching (Penolong Setiausaha Program), Jenice Lee (Setiuasaha Publisiti), Lim Soon Hong (Penolong Setiausaha Publisiti), Tiew Way Keng (Pengarah Pendidikan Politik).

Ahli-ahli adalah Gobind Singh Deo, S.Ramakrishnan, T.Kannan, Azman Masri, Ganabatirau Veraman, Lee Kee Hiong, Ang Leng Kiat dan Lwi Kian Keong.

Dipetik dari: www.malaysiakini.com/bm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails