Teman Kome Weh....

Isnin, April 13, 2009

BUKIT GANTANG-ORANG MELAYU TOLAK PAS


Sejarah telah membuktikan, betapa pilihan raya kecil Bukit Gantang menyaksikan PAS sebagai sebuah parti Islam telah ditolak oleh majoriti orang Melayu. Mereka (Melayu) adalah semuanya beragama Islam!

Mengapakah berlaku begitu? Jawapan spontan ialah kerana di situ majoriti pengundi Melayu mengenali PAS bukan sebagai sebuah parti Islam. Sebaliknya PAS dilihat sebagai parti yang menampilkan Dato' Seri Ir. Mohd Nizar sebagai orang yang terlibat dengan 'sembah derhaka' dan 'boneka orang Cina'. Atas dua faktor ini, populariti PAS merundum di semua kawasan daerah mengundi yang majoriti Melayu. Sementara itu, di kawasan daerah mengundi campuran dan majoriti Cina, PAS telah mencapai populariti yang melonjak! (Lihat jadual analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang di bawah).


DUN KUALA SAPETANG


DUN CHANGKAT JERING


DUN TRONG
Justeru itu, di dalam senario politik negeri Perak dan peringkat nasional amnya, maka orang Melayu lebih sensitif dengan isu-isu klasik dan tradisi. Meskipun nilai isu klasik dan tradisi itu bukan sesuatu yang bersifat dasar/fundamental yang menjamin masa depan; ia tidak lebih daripada sensitiviti kulit/luaran yang samar bagi mana-mana kaum. Namun, itulah sikap politik orang Melayu yang menolak PAS dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang.

Sesungguhnya, PAS melalui Ir. Mohd Nizar mempunyai tugas yang berat untuk mengemudi pengundi di Bukit Gantang, terutama kalangan orang Melayu. Salah satu tugas itu ialah menjalankan kelas pengajian politik Islam kepada semua warga Bukit Gantang; terutama di DUN Trong yang dilihat memiliki trend pengundian yang begitu klasik!!

Oleh itu, kembalilah kepada seruan Tuhan Yang Esa agar kita berada di atas jalan lurus yang menjamin kesejahteraan, iaitu al-Islam sebagai suatu titian akidah untuk semua umat manusia. Persoalan orang Melayu yang taksub kepada nilai-nilai akidah adalah lebih mulia daripada mereka yang taksud kepada nilai-nilai klasik dan tradisi.

Dari Blog GreenCresent

Analisis Keputusan PRK Bukit Gantang

PAS-PR menang di Bukit Gantang. Berbanding PRU 12, PAS mendapat tambahan 1,845 undi (Mac 2008 : 20,015 / April 2009 : 21,860). Majoriti kemenangan juga bertambah 1223 (2008 : 1,566 / 2009 : 2,789). Bukan PAS saja yang mendapat tambahan ungi malah BN juga mendapat tambahan 622 undi berbanding PRU12 (2008 : 18,449 / 2009 : 19071).

Kedua-dua parti mendapat tambahan undi kerana jumlah keluar mengundi meningkat daripada 72.6% (2008) kepada 75.1% (2009). Berbanding jumlah yang diperolehi dalam PRU12, undi PAS meningkat 0.092% manakala undi BN meningkat 0.033%.

Analisis awal oleh Pengarah Jentera PAS bagi PRK059 menyatakan sokongan pengundi Melayu kepada PAS merosot 4% daripada 47% (2008) kepada 43% (2009). Sebaliknya sokongan pengundi bukan Melayu meningkat 11% daripada 64% kepada 75%. Secara relatif, sokongan pengundi Melayu kepada BN meningkat 4% manakala undi bukan Melayu merosot 11%.

Jika peratus keluar mengundi mengikut bangsa dikira bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan maka jumlah pengundi Melayu yang keluar mengundi ialah 26,364 manakala 15,295 pengundi bukan Melayu keluar menunaikan tanggungjawab.

43% Melayu undi PAS : 11,337
57% Melayu undi BN : 15,027

75% bukan Melayu undi PAS : 11,471
25% bukan Melayu undi BN : 3,824

Jika diguna-pakai angka seperti di atas, PAS memperolehi 22,808 undi manakala BN memperolehi 18,851 undi. Jumlah ini berbeza dengan angka sebenar yang diperolehi oleh kedua-dua parti. Ini bermakna peratus keluar mengundi mengikut bangsa sebenarnya tidak bersamaan dengan peratus keluar mengundi keseluruhan.

Di sebalik angka-angka tersebut ada beberapa perkara yang menjadi petunjuk berguna kepada Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Mood rakyat masih kekal seperti kejutan yang berlaku pada 8 Mac 2008. Dalam tempoh setahun selepas tsunami itu, peralihan sokongan kembali kepada BN belum berlaku. Tambahan 622 undi BN pada 7 April 2009 datang daripada pengundi UMNO yang memboikot PRU 12 kerana isu calon luar. Kebanyakan daripada 1845 tambahan undi PAS diperolehi daripada pengundi Cina yang beralih sikap selepas melihat keprihatinan kerajaan Pakatan Rakyat Perak selama 10 bulan. Di sebalik tambahan sokongan pengundi Cina yang diulas oleh banyak pihak, sebenarnya undi PAS di kawasan Melayu tidak merosot. Cuma di kampung-kampung Melayu itu, peningkatan undi BN lebih banyak daripada peningkatan undi PAS.

Bolehkah dirumuskan secara pasti bahawa sokongan pengundi Melayu kepada PAS-PR merosot berbanding PRU13? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa kemerosotan itu berkadar 4%? Bolehkah dikatakan secara pasti bahawa undi itu beralih kepada BN?

Siasatan oleh team cBr7 mengesahkan tidak berlaku peralihan undi daripada PAS kepada BN. Kemerosotan undi PAS hanya berlaku di 4 daerah mengundi (pengundi Melayu 85% ke atas) pada kadar purata 2.19%. Siasatan mendapati kemerosotan itu disebabkan pengundi PAS yang bekerja di luar kawasan tidak dapat balik mengundi kerana gagal mendapat cuti daripada majikan. Faktor hari pengundian yang ditetapkan pada hari Selasa menjadi penyebab utama kegagalan hadir pengundi-pengundi ini. 9 daripada 10 pengundi luar yang tak dapat balik mengundi itu bekerja di Lembah Kelang dan Johor.

BN mendapat tambahan undi di 8 daerah mengundi pada kadar purata 3.72%. Tambahan itu datang daripada pengundi BN yang tidak mengundi pada PRU12 kerana memprotes pemilihan calon BN yang didatangkan dari luar Bukit Gantang (Abdul Azim Zabidi).

Peralihan paling besar yang berlaku dalam PRK 7 April ialah peralihan undi BN kepada PAS di kalangan pengundi Cina melibatkan antara 1,200 ke 1,300 undi. Baki tambahan antara 500 ke 600 undi PAS datang daripada pengundi Melayu di 9 daerah mengundi yang nisbah bangsanya hampir sama.

Oleh itu dakwaan UMNO kononnya pengundi Melayu telah beralih menyokong BN kerana tidak merestui pendirian PR berhubung krisis peralihan kuasa dan bimbangkan nasib orang Melayu di bawah pentadbiran kerajaan PR adalah tidak berasas dan hanya gimik politik.

oleh: Cyberboron

PRK P059 BUKIT GANTANG (104) : Data-data penting

Tuhan Yang Esa memberi petunjuk yang jelas untuk manusia renung dan mengambil pengajaran daripada ciptaan-Nya. Setiap data keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang, di sebaliknya ada maklumat yang sepatutnya diambil perhatian oleh pihak-pihak yang berkenaan. Jadual dan graf berikut ada menerangkan pelbagai maklumat, khusunya kepada dua kumpulan politik utama: Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Justeru itu, pengalaman daripada pilihan raya Bukit Gantang adalah menguji sejauh mana sokongan masa depan masing-masing parti: Pakatan Rakyat mahupun Barisan Nasional.
Realiti yang ada, membuktikan dukungan pengundi muda di sana lebih kecil berbanding pilihan kecil Kuala Terengganu Januari lalu. Ini kerana di Bukit Gantang penyertaan pengundi muda (dengan mengambil kira kohort umur 21-40 tahun) hanyalah 33.59% daripada 55,562 pengundi yang layak. Keadaan ini mungkin disebabkan komitmen mendaftar sebagai pemilih amat rendah di kalangan orang muda. Ia boleh jadi ada hubungannya dengan kegagalan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR), mahupun pihak parti di dalam menggerakkan orang muda mendaftar.

Jadual berikut adalah menerangkan senario sokongan pengundi muda kepada PAS dan BN (berdasarkan analisis keputusan pilihan raya kecil Bukit Gantang 7 April lalu) .

Sehubungan itu, adalah wajar bagi mana-mana pihak terutamanya pihak SPR dapat berusaha menyedarkan golongan muda untuk turut terlibat dalam arus pendemokrasian demi survival politik dan hak golongan muda. Begitu pula bagi Pakatan Rakyat, jangan mudah berpuas hati dengan tingginya sokongan orang muda berbanding BN. Ini kerana, berdasarkan sokongan di Bukit Gantang yang tak sampai 60% adalah amat membimbangkan; takut nanti pilihan raya umum akan datang peratus itu makin mengecil ekoran daripada perkembangan baru dalam kepimpinan muda BN!!


2 ulasan:

  1. Bagi org2 melayu yg taksub kpd nilai2 klasik dan tradisi,biarkan mereka terjun dgn labu2nya.Mereka ini kebanyakannya adalah generasi lama yg duduk dibawah tempurung.Fikran mereka jumud.Tidak faham apa itu ISLAM.Bagi mereka ISLAM adalah kalimah sahadah,solah,haji dan puasa,itu saja.Dan kebanyakan umur mereka,sudah masuk waktu Isyak.Dan mereka ini adalah peminat umno yg setia. Biarkan mereka dgn umnonya.Kita tidak perlu rakyat yg jumud begini.Yg penting adalah usaha mentarbiah pengundi2 muda.Mereka ini yg akan mencorak pentas politik negara akan datang.Insya'allah,sekiranya PAS berjaya mentarbiah pengundi2 baru ini,PAS akan terus beraksi hebat di PRU akan datang.Wallahualam.

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails