Teman Kome Weh....

Selasa, Mac 17, 2009

Mengenali calon BN Bukit Gantang


Ismail Saffian

Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang dengan 30 undi.

Beliau yang sedang mengikuti pengajian sarjana pembangunan pelancongan di USM, Pulau Pinang (secara kajian) dikatakan calon yang paling popular. Tambahan pula beliau adalah bekas Setiausaha, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dari Mei hingga Julai 2008.

Beliau juga merupakan seorang aktivis Belia 4B di kawasan parlimen Bukit gantang di mana beliau pernah menjadi Pengerusi Belia 4B Bukit Gantang dari tahun 1998 hingga 2004.

Sebagai prasyarat menjadi calon, Ismail berjanji tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang bagi mengelakkan perpecahan dalaman (Nampaknya Umno Bahagiannya mempunyai masalah dalam yang serius).

Pencalon beliau menyaksikan nama-nama mereka yang menang di dalam pemilihan UMNO Bahagian Bukit Gantang yang lalu tidak terpilih termasuklah Ketuanya Datok Rosli Husin, Timbalan Ketuanya, Kamarulail Sulaiman dan Naib ketuanya Mohd Kamaruddin Abu Bakar.

Ramai ahli UMNO mempertikaikan pemilihan Ismail kerana kata mereka “bagaimana nak menang di dalam pilihanraya Bukit Gantang berdepan dengan orang pakatan Rakyat jika dengan nak jadi Ketua Bahagian pun beliau sudah tewas”.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails