Mar 24, 09 11:28am disalin daripada Malaysiakini |
Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz kekal sebagai ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah. Mahkamah tersebut hari ini menolak rayuan seorang pengundi dan seorang calon PAS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyen mereka yang mahu supaya kemenangan dua calon Barisan Nasional (BN) itu pada pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah. Dalam pilihanraya umum itu, Rafidah memperoleh 10,735 undi untuk menewaskan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dr Khairuddin Abu Malik dengan majoriti 1,458 undi manakala Raja Amad Zainuddin menewaskan calon PAS Mohamad Nazri Din dengan kelebihan 66 undi selepas memperoleh 4,114 undi, lapor Bernama. Rafidah (foto) mengekalkan kerusnya buat penggal ketujuh selepas memenanginya pada 1982. Rayuan itu didengar dihadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin. Pada 4 Julai, 2008, hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Zakaria Sam menolak petisyen seorang pengundi bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Jamaluddin Abdul Majid, yang juga menamakan Pegawai Pengurus Pilihanraya (RO), Datuk Ghazali Jalal dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden. Ahmad Jamaluddin, seorang peniaga, memfailkan petisyen pada 28 April tahun lalu untuk memohon mengisytiharkan keputusan itu batal dan tidak sah atas alasan Rafidah tidak menandatangani dua borang salinan kertas pencalonannya. Keputusan sebulat suara Zakaria juga menolak petisyen bagi kerusi DUN Kubu Gajah yang difailkan oleh bekas calon PAS, Mohamad Nazri Din pada 24 April tahun lalu yang mendakwa Raja Ahmad Zaninuddin telah melakukan amalan rasuah ketika berkempen di sebuah rumah di Kubu Gajah, Perak. Dalam penghakiman hari ini, Zulkefli berkata Rafidah telah memberi persetujuan supaya dinamakan sebagai calon walaupun ketiadaan tandatangannya dalam dua lagi borang pencalonan. Dalam keputusan sebulat suara, Zulkefli berkata Rafidah datang sendiri untuk mengemukakan kertas pencalonan kepada RO dan tindakan itu menunjukkan hasratnya untuk menerima pencalonan bagi bertanding sebagai calon di kawasan pilihanraya berkenaan. Penghakiman itu dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Maziah Joary Mohd Tajuddin. Zulkelfi berkata dokumen sokongan seperti resit dan deposit bahan kempen pilihanraya yang dikemukakan bersama dengan kertas pencalonan sudah memadai dan alasan menyakinkan bahawa Rafidah mempersetujui pencalonannya sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu. Katanya RO telah menggunakan budi bicaranya untuk menerima kertas pencalonan Rafidah walaupun dia telah menandatangani borang pencalonan asal manakala dua kertas pencalonan lain tidak ditandatangan. RO kemudian mendapati "kecacatan" yang didapati tidak cukup besar. Tiada butiran penuh Dalam kes Raja Ahmad Zainuddin, Hakim Augustine berkata janji Raja Ahmad Zainuddin (foto) ketika berkempen di sebuah rumah di Kubu Gajah tidak membawa kepada amalan rasuah. Dalam memberi hadiah, pinjaman atau tawaran, ia seharusnya untuk tujuan mengubah minda pengundi yang telah dikenalpasti, katanya. Ini adalah logik ekoran persoalan mempengaruhi seorang untuk melakukan sesuatu tidak mudah timbul jika dia sudah memutuskan untuk melakukan perkara itu, katanya. Menurutnya, pengadu pertama berkaitan dengan janji kepada pengundi adalah cacat kerana ia tidak ada butiran sepenuh pemberian Raja Ahmad Zainuddin kepada pengundi. Hakim Augustine berkata pengadu dalam petisyen plantif juga tidak mengenalpasti orang yang menerima tawaran rasuah itu. Penghakiman bagi kes itu dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin. |
Teman Kome Weh....
Rabu, Mac 25, 2009
Rafidah kekal MP Kuala Kangsar
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan