Peluang cerah BN memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dalam PRK pada 7 April depan sudah terbayang apabila DS Nizar Jamaludin diistiharkan sebagai calon PAS malam tadi. Faktor utama kemenangan BN ialah calon tempatan. Nizar kelahiran Kampar, Perak adalah orang luar bagi pengundi Bukit Gantang berbanding Ismail Saffian anak Bukit Gantang sendiri. Isu calon bidan terjun dan calon luar sering bermain di Bukit Gantang apabila berlaku pilihanraya. Bukit Gantang telah 30 tahun tidak mendapat calon tempatan tetapi sebaliknya yang bertanding kebanyakannya orang luar.
Pengundi Bukit Gantang kali ini akan mengangkat "anak sendiri" ke Parlimen, percayalah!
hang silap analisa ni..hehehe..jgn wat analisa yg menipu diri sendiri.Allahyarham Roslam Shaharom sendiri bkn berasal dr bkt.gantang..tp bt.gajah..so faktor org luar bkn faktor penting..hj.nizar sendiri menang di dun pasir panjang yg bkn tmpat asal dia..
BalasPadamfaktor calon lebih penting,manekala faktor parti menjadi main factor..kalo dh parti umno pun parti najis rasuah,ape ke hal..camane nk bela nasib rakyat..duk perkaye kroni..rakyat skrg dh celik,dh mule matang,kritikal..jgn rendahkan perasaan rakyat..