Teman Kome Weh....

Selasa, Mac 31, 2009

Isnin, Mac 30, 2009

Perang maklumat di Bukit Gantang





Calon PAS imam, calon BN makmum solat mahgrib semasa kempen...kah..kah!...kah!




nak tahu cerita lebih lanjut klik sini

Ini pula laporan mStar on-line...bacalah

Nizar 'rampas' acara BN di masjid Bukit Gantang


TAIPING: Bekas Menteri Besar Perak yang juga calon PAS bagi kerusi Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin 'bertembung' dengan rombongan Barisan Nasional (BN) di Masjid Simpang malam tadi - mencetuskan sedikit kekecohan.

Semalam merupakan hari pertama kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gantang.

Nizar yang dikatakan hadir tanpa undangan ke majlis bacaan Yassin dan solat hajat anjuran BN telah mencuba untuk mengimamkan solat Maghrib.

Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang, Datuk Rosli Hussin ketika dihubungi mStar Online berkata, Nizar bersama beberapa penyokongnya memasuki masjid dan terus mengimamkan solat Maghrib.

Isu tersebut dengan pantas disebarkan menerusi SMS, menjadi bahan kempen dalam beberapa ceramah anjuran BN di bahagian Bukit Gantang.

"Orang-orang dia (Nizar) minta mikrofon untuk Nizar berucap selepas Maghrib tetapi tidak diberikan, telah dihalang oleh Pengerusi Masjid (Yahaya Sulaiman).

"Kami berikan beliau peluang sertai majlis ini, anjuran BN tetapi beliau datang untuk buat kacau," kata beliau ketika dihubungi.

Rosli yang turut hadir ketika kejadian berkata, tidak berlaku apa-apa kekecohan besar dan kumpulan Nizar telah meninggalkan majlis selepas itu.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin turut hadir pada majlis tersebut.

Mengulas isu yang sama, Menteri Besar Perak, Datuk Dr. Zambry Abdul Kadir berkata, Nizar bertindak keterlaluan apabila cuba mengambil alih jemaah dengan meminta mikrofon daripada imam dan cuba mengadakan ceramah sebelum menunggu Isyak.

Ketika bercakap dengan pemberita selepas memperkenalkan calon BN, Ismail Saffian di Tokong Nyee Wong Kong di sini malam tadi, Zambry berkata, tindakan itu telah dirancang oleh PAS dan sanggup menggunakan masjid sebagai tempat berpolitik.

Sabtu, Mac 28, 2009

Maklumat Hari Penamaan Calon Besok


Menurut kenyataan pihak polis yang lalu, 5 jalan akan ditutup sempena hari penamaan calon. Jalan yang terlibat ialah Jalan Sultan Mansur, Jalan Kota, Jalan Taming Sari, Jalan Temenggong dan Jalan Berek.

Kesemua jalan tersebut akan ditutup bermula 28 Mac 2009 (Sabtu) pukul 12 tengah malam sehingga pukul 1 petang pada 29 Mac 2009 (Ahad). Orang ramai tidak dibenarkan melalui jalan-jalan tersebut serta dilarang meletak kenderaan disepanjang jalan sehingga proses penamaan calon selesai.

Maklumat Pengundi


Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan menggunakan daftar pemilih yang diwartakan pada Februari 2009. Jumlah pemilih ialah 55,562 orang. Daripada 55,562 orang bakal mengundi itu, komposisinya adalah terdiri daripada 35,160 (63.28 %) Melayu, 15,101 (27.18 %) Cina dan 5,299 (9.54 %) India. Daftar pemilih Bukit Gantang mengandungi seramai 18,959 (34.12 %), iaitu melibatkan pertambahan 690 orang pengundi muda berbanding jumlah semasa PRU 2008. Pembahagian pengundi muda mengikut kaum pula mendapati Melayu 68.68 %, Cina 23.91 % dan India 9.42 %. Sementara pembahagian pengundi muda mengikut jantina pula didapati, 9,808 lelaki (51.73 %) dan wanita 9,151 (48.27 %). Dibandingkan dengan jumlah pengundi muda pada PRU 12, maka pada pilihanraya kecil ini, pertambahan lebih besar (0.18 %) berlaku bagi pengundi muda wanita (366 orang) berbanding lelaki (324 orang). Daftar pemilih yang disahkan oleh SPR untuk pilihanraya kali ini turut mendapati seramai 11,286 (20.31 %) pengundi dalam kohot umur warga emas dan 25,189 (45.33 %) adalah dalam kohot umur dewasa. Warga emas jumlahnya merosot sejumlah 527 orang berbanding dengan musim PRU lalu, kemungkinan disebabkan kematian pengundi tersebut.

Jumaat, Mac 27, 2009

Jangan marah pada masjid





Foto ehsan: http://haninasution.blogspot.com/



Vandalisme di kalangan kita menjadi-menjadi sehinggakan rumah Allah menjadi mangsa daripada tangan-tangan neraka. Lihatlah apa yang terjadi di dinding belakang masjid Jamek Matang. Kalau ia pun nak berkempen pilihanraya, hindarkan membuat honar di tempat-tempat ibadah. Kurang manis dan menjatuhkan maruah sendiri! Sedarlah, akhirnya kita pulang ke akhirat jua!

Bukit Gantang Bukit Selambau Batang Ai - Cabaran Pemimpin Baru UMNO

Pilihanraya kecil di tiga kawasan pada 7 April ini akan menjadi medan penentuan untuk mengukur kemampuan pemimpin-pemimpin baru UMNO.

Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin akan mengetuai ketiga-tiga pilihan raya kecil yang akan bermula Ahad ini.

Perkara itu diputuskan dalam satu pertemuan dengan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bersama tiga lagi Naib Presiden yang baru dilantik dalam pemilihan semalam.

Kata beliau Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan mengetuai pilihan raya kecil kawasan Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau dan Datuk Seri Shafie Apdal bagi DUN Batang Ai.

Penamaan calon ketiga-tiga pilihan raya kecil itu diadakan Ahad ini. Hari pengundian ditetapkan pada 7 April.

Secara tradisinya mana-mana pilihan raya akan di ketuai oleh Timbalan Presiden. Selaku Timbalan Presiden ini kali pertama Muhyiddin mengetuai mana-mana pilihan raya kecil.

Muhyiddin dan ketiga-tiga Naib Presiden berkenaan merupakan muka baru bagi jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden yang dipertandingkan semalam.

Ketika ditanya mengenai peluang memenangi ketiga-tiga pilihan raya kecil kali ini, Muhyiddin berkata, beliau berkeyakinan boleh menang.

Bagaimanapun katanya, beliau bersikap pragmatik dan realistik bahawa ketiga-tiga pilihan raya kecil ini diselubungi isu-isu nasional dan tempatan yang perlu ditangani bersama.

Tertidoq di PWTC

Terlelap......bosan atau tak cukup tidur?

MENGANTUK...Perwakilan yang tertidur semasa ucapan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di pembukaan Perhimpunan Agung Umno.

Mungkinkah kerana semalaman tidak tidur kerana menantikan keputusan sesetengah perwakilan terlelap di dalam dewan.

Atau kerana bosan mendengar ceramah politik yang sedang berlangsung.

Apapun, inilah senario biasa setiapkali Perhimpunan Umno diadakan.

Barisan Majlis Tertinggi Umno


disalin daripada Malaysiakini
Mar 26, 09 10:49pm
Senarai lengkap barisan pemimpin Majlis Tertinggi (MT) Umno bagi sesi 2008-2011 yang diumumkan malam ini.

Presiden
Datuk Seri Najib Razak (menang tanpa bertanding)

Timbalan presiden
Tan Sri Muhyiddin Yassin - 1,575 undi

Naib presiden
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi - 1,592 undi
Datuk Seri Hishammuddin Hussein - 1,515 undi
Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - 1,445 undi

bm version majlis tertinggi umno 2009 260309

Rabu, Mac 25, 2009

Rafidah kekal MP Kuala Kangsar


Mar 24, 09 11:28am
disalin daripada Malaysiakini

Mahkamah Persekutuan memutuskan bahawa Ketua Wanita Umno Tan Sri Rafidah Aziz kekal sebagai ahli Parlimen Kuala Kangsar dan Datuk Seri Raja Ahmad Zainuddin Raja Omar sebagai ahli Dewan Undangan Negeri (DUN) Kubu Gajah.

Mahkamah tersebut hari ini menolak rayuan seorang pengundi dan seorang calon PAS terhadap keputusan Mahkamah Tinggi menolak petisyen mereka yang mahu supaya kemenangan dua calon Barisan Nasional (BN) itu pada pilihanraya umum 8 Mac tahun lepas diisytiharkan sebagai batal dan tidak sah.

Dalam pilihanraya umum itu, Rafidah memperoleh 10,735 undi untuk menewaskan Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak Dr Khairuddin Abu Malik dengan majoriti 1,458 undi manakala Raja Amad Zainuddin menewaskan calon PAS Mohamad Nazri Din dengan kelebihan 66 undi selepas memperoleh 4,114 undi, lapor Bernama.

rafidah azizRafidah (foto) mengekalkan kerusnya buat penggal ketujuh selepas memenanginya pada 1982.

Rayuan itu didengar dihadapan Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Richard Malanjum dan hakim Mahkamah Persekutuan Datuk S Augustine Paul dan Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin.

Pada 4 Julai, 2008, hakim Mahkamah Tinggi Ipoh Datuk Zakaria Sam menolak petisyen seorang pengundi bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar, Ahmad Jamaluddin Abdul Majid, yang juga menamakan Pegawai Pengurus Pilihanraya (RO), Datuk Ghazali Jalal dan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sebagai responden.

Ahmad Jamaluddin, seorang peniaga, memfailkan petisyen pada 28 April tahun lalu untuk memohon mengisytiharkan keputusan itu batal dan tidak sah atas alasan Rafidah tidak menandatangani dua borang salinan kertas pencalonannya.

Keputusan sebulat suara


Zakaria juga menolak petisyen bagi kerusi DUN Kubu Gajah yang difailkan oleh bekas calon PAS, Mohamad Nazri Din pada 24 April tahun lalu yang mendakwa Raja Ahmad Zaninuddin telah melakukan amalan rasuah ketika berkempen di sebuah rumah di Kubu Gajah, Perak.

Dalam penghakiman hari ini, Zulkefli berkata Rafidah telah memberi persetujuan supaya dinamakan sebagai calon walaupun ketiadaan tandatangannya dalam dua lagi borang pencalonan.

Dalam keputusan sebulat suara, Zulkefli berkata Rafidah datang sendiri untuk mengemukakan kertas pencalonan kepada RO dan tindakan itu menunjukkan hasratnya untuk menerima pencalonan bagi bertanding sebagai calon di kawasan pilihanraya berkenaan.

Penghakiman itu dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Maziah Joary Mohd Tajuddin.

Zulkelfi berkata dokumen sokongan seperti resit dan deposit bahan kempen pilihanraya yang dikemukakan bersama dengan kertas pencalonan sudah memadai dan alasan menyakinkan bahawa Rafidah mempersetujui pencalonannya sebagai calon bagi kerusi Parlimen itu.

Katanya RO telah menggunakan budi bicaranya untuk menerima kertas pencalonan Rafidah walaupun dia telah menandatangani borang pencalonan asal manakala dua kertas pencalonan lain tidak ditandatangan.

RO kemudian mendapati "kecacatan" yang didapati tidak cukup besar.

Tiada butiran penuh

raja ahmad zainuddin raja omarDalam kes Raja Ahmad Zainuddin, Hakim Augustine berkata janji Raja Ahmad Zainuddin (foto) ketika berkempen di sebuah rumah di Kubu Gajah tidak membawa kepada amalan rasuah.

Dalam memberi hadiah, pinjaman atau tawaran, ia seharusnya untuk tujuan mengubah minda pengundi yang telah dikenalpasti, katanya.

Ini adalah logik ekoran persoalan mempengaruhi seorang untuk melakukan sesuatu tidak mudah timbul jika dia sudah memutuskan untuk melakukan perkara itu, katanya.

Menurutnya, pengadu pertama berkaitan dengan janji kepada pengundi adalah cacat kerana ia tidak ada butiran sepenuh pemberian Raja Ahmad Zainuddin kepada pengundi.

Hakim Augustine berkata pengadu dalam petisyen plantif juga tidak mengenalpasti orang yang menerima tawaran rasuah itu.

Penghakiman bagi kes itu dibacakan oleh Timbalan Pendaftar Mahkamah Persekutuan Surita Budin.

Selasa, Mac 24, 2009

Peluang cerah BN menang di Bukit Gantang


Peluang cerah BN memenangi kerusi parlimen Bukit Gantang dalam PRK pada 7 April depan sudah terbayang apabila DS Nizar Jamaludin diistiharkan sebagai calon PAS malam tadi. Faktor utama kemenangan BN ialah calon tempatan. Nizar kelahiran Kampar, Perak adalah orang luar bagi pengundi Bukit Gantang berbanding Ismail Saffian anak Bukit Gantang sendiri. Isu calon bidan terjun dan calon luar sering bermain di Bukit Gantang apabila berlaku pilihanraya. Bukit Gantang telah 30 tahun tidak mendapat calon tempatan tetapi sebaliknya yang bertanding kebanyakannya orang luar.

Pengundi Bukit Gantang kali ini akan mengangkat "anak sendiri" ke Parlimen, percayalah!

Isnin, Mac 23, 2009

Biodata Calon PAS Bukit Gantang




YAB Dato’ Seri Ir. Haji Mohammad Nizar bin Jamaluddin(Sworn in as Menteri Besar of Perak on 17 March 2008)

Biodata :
- Date of Birth : 17 March 1957
- Place of Birth : Kampung Air Hitam Labu, Kampar, Perak.
- Father’s Name : Jamaluddin bin Ngah Ismail
- Mother’s Name : Hamidah binti Haji Zainal Abidin

Education :
- Anglo-Chinese School (Primary), Kampar, Perak.
- Anglo-Chinese School (Secondary), Kampar, Perak.
- Sekolah Menengah Teknik, Persiaran Brash, Ipoh Perak.

University :
- Advance A-Level, Norwich City College Of Arts & Technology, Norwich, Norkfolk, England.
- BSc. Mechanical Engineering, University of Aston, Birmingham, England.

Professional Career :
- Senior Manager, Daya Urus Sdn Bhd
- Managing Director, Pen Urus Harta Sdn Bhd (Subsidiary of Penang Development Corporation)
- Managing Director, Bakat Gemilang Sdn Bhd
- Partner, MEC’s Engineer - Engineering Consultant

Politics :
- Committee Member of PAS Kampar Division (1991 - 2001)
- Head of PAS Kampar Division (2001 - present)
- Treasurer of Perak PAS (2001 - 2006)
- Secretary of Perak PAS ( 2006- 2008)
- Deputy State Commissioner of Perak PAS (2008)

Community Activity :
- Chairman of GPAP (Gabungan Pengguna Air Perak) - NGO
- Coordinator of BERSIH Perak
- Chairman of GASRA (Gabungan Solidariti Rakyat Perak) - NGO

Language Proficiency :
- Malay
- English
- Chinese (speaks Mandarin, Cantonese & Hokkien)
- Arabic

State Assembly :
- State Assemblyman for Pasir Panjang Constituency 2008

Award :
- Seri Paduka Mahkota Perak (SPMP) 2008 which carries the title of “DATO’ SERI”

Family :
- Wife : Datin Seri Hajah Fatimah bt. Taat
- Children : 5 boys, 3 girls

Sabtu, Mac 21, 2009

Fairus letak jawatan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang


Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Mohamad Fairus Khairuddin telah menyerahkan surat peletakan jawatan kepada Ketua Menteri, Lim Guan Eng.

Menurut The Star, tiada alasan yang diberikan bagi peletakan jawatan tersebut serta jawatan exco kerajaan negeri.

Manakala Lim pula berkata beliau telah menerima peletakan jawatan Mohamad Fairus berkuatkuasa pada 8 April depan.

Beliau bagaimanapun enggan mendedahkan sebab-sebab Mohamad Fairus meletak jawatan tersebut.

Fairus bagaimanapun akan kekal sebagai Adun Penanti dan juga anggota PKR.

Semalam, Lim dilaporkan berkata, beliau meluluskan permohonan cuti Mohamad Fairus Khairuddin atas permintaan penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Suasana terkini di Bukit Gantang

Menjelang Hari Penamaan Calon PRK P.059 pada Ahad 29 Mac ini, Bukit Gantang terlalu sibuk menerima kedatangan petugas-petugas parti sama ada BN mahupun PAS. Harga bilik penginapan, rumah dan apa sahaja yang boleh dijadikan tempat tinggal sementara telah naik mendadak kira-kira 3-5 kali ganda berbanding harga asal. Pemilik benar-benar menangguk di air keruh!

Bukit Gantang bermandikan warna-warni bendera BN, UMNO, PAS dan KeADILan meskipun UMNO dan PAS yang bertanding nanti. Petugas-petugas parti sudah mula berkampung di sini. Tidak kurang juga pegawai / kakitangan kerajaan seperti Polis telah mula melaksanakan tugas masing-masing. PRK P059 sebenarnya menjadi fokus ramai baik Kerajaan Pusat, Kerajaan Pembangkang, parti dan pemerhati politik luar negara. Sebarang keputusan di Bukit Gantang akan dijadikan indikator sokongan atau sebaliknya kepada tindakan BN yang mengambil alih Kerajaan Negeri Perak daripada Pakatan Rakyat.

Manakala di pihak rakyat pula keputusan di Bukit Gantang akan mencerminkan isi hati warga Perak terhadap isu "lompat parti" DUN Changkat Jering (Osman Jailu) yang termasuk dalam parlimen Bukit Gantang, DUN Behrang (Jamaludin Radzi) dan DUN Jelapang (Hee) ke parti Bebas dan sekaligus memberikan sokongan mulut kepada BN. Pemerhati politik beranggapan keputusan Bukit Gantang sebagai referandum rakyat terhadap isu lompat parti, Istana Perak serta tindakan drastik BN terhadap Kerajaan Negeri yang terdahulu.

Justeru itu isu calon dan lain-lain isu (pembangunan, lokal dll) kurang diberikan perhatian oleh pengundi sebaliknya mereka lebih mementingkan keabsahan atau legitimacy BN menumbangkan Pakatan Rakyat di Perak sama ada mengikut lunas Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri atau tidak. Walau bagaimanapun, beberapa isu besar ekoran tindakan pengambil-alihan kerajaan negeri telahpun disebut di mahkamah. Kemelut politik di Perak akan berpanjangan. Kelihatan warga Perak sendiri masih lagi "menyimpan" keputusan mereka dan sebarang luahan perasaan dianggap oleh sesetengah pihak sebagai sensitif.

Apapun bagi pengundi di Bukit Gantang mereka lebih bernasib baik kerana boleh meluahkan perasaan pada 7 April depan di peti-peti undi. Inilah demokrasi, rakyat yang memilih pemimpin di kalangan yang terpilih itu.

Jumaat, Mac 20, 2009

23 Mac PAS umumkan calon Bukit Gantang?



PAS Pusat dijangka akan mengisytiharkan calon mereka didalam PRK P059 Bukit Gantang pada 23 Mac di Dataran Pakatan Rakyat Simpang (tepi Stesen Petronas) Jalan Changkat Jering-Simpang.

Menurut sumber daripada laman web ini dipercayai Presiden PAS, Tuan Guru Hj Abdul Hadi Awang dijangka akan mengumumkan pengisytiharan calon pada hari tersebut.

Selasa, Mac 17, 2009

Mengenali calon BN Bukit Gantang


Ismail Saffian

Ismail, 49, adalah Pengarah Sumber Manusia dan Khidmat Pengurusan Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam Negara dan berasal dari Kampung Kubu, Bukit Gantang.

Pada pemilihan bahagian tahun lepas, Ismail tewas kepada Adun Trong Datuk Rosli Husin dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Umno Bahagian Bukit Gantang dengan 30 undi.

Beliau yang sedang mengikuti pengajian sarjana pembangunan pelancongan di USM, Pulau Pinang (secara kajian) dikatakan calon yang paling popular. Tambahan pula beliau adalah bekas Setiausaha, Majlis Perbandaran Kuala Kangsar dari Mei hingga Julai 2008.

Beliau juga merupakan seorang aktivis Belia 4B di kawasan parlimen Bukit gantang di mana beliau pernah menjadi Pengerusi Belia 4B Bukit Gantang dari tahun 1998 hingga 2004.

Sebagai prasyarat menjadi calon, Ismail berjanji tidak akan bertanding dalam pemilihan bahagian Umno akan datang bagi mengelakkan perpecahan dalaman (Nampaknya Umno Bahagiannya mempunyai masalah dalam yang serius).

Pencalon beliau menyaksikan nama-nama mereka yang menang di dalam pemilihan UMNO Bahagian Bukit Gantang yang lalu tidak terpilih termasuklah Ketuanya Datok Rosli Husin, Timbalan Ketuanya, Kamarulail Sulaiman dan Naib ketuanya Mohd Kamaruddin Abu Bakar.

Ramai ahli UMNO mempertikaikan pemilihan Ismail kerana kata mereka “bagaimana nak menang di dalam pilihanraya Bukit Gantang berdepan dengan orang pakatan Rakyat jika dengan nak jadi Ketua Bahagian pun beliau sudah tewas”.

Calon PAS Bukit Gantang??


Raja Ahmad Iskandar Raja Yaakub - beliau baru sahaja kembali ke tanahair selepas menamatkan pengajian PhD di Universiti of Manchester dalam bidang pengurusan teknologi maklumat. Sebelum ini beliau adalah Setiausaha Politik YB Hj. Mahfuz Omar. Latar belakang beliau sebagai kerabat di Raja Perak boleh digunakan oleh PAS untuk menunjukkan PAS tidak menentang institusi Raja.

Isnin, Mac 16, 2009

Kedudukan tiga kerusi DUN Perak dirujuk ke Mahkamah Persekutuan




IPOH: Mahkamah Tinggi di sini akan merujuk kepada Mahkamah Persekutuan berhubung tafsiran Undangundang Tubuh Negeri Perak mengenai sama ada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) atau Speaker Dewan Undangan Negeri Perak adalah pihak yang berhak dan berkuasa untuk menentukan sesuatu kerusi DUN itu kosong atau sebaliknya, demikian menurut seorang peguam hari ini.

Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin, seorang daripada peguam yang mewakili tiga anggota dewan itu yang kedudukan mereka menjadi persoalan, berkata Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan tiga wakil rakyat bebas itu untuk merujuk kepada Mahkamah Persekutuan bagi mendapatkan penjelasan isu perlembagaan berhubung saman yang mereka failkan untuk mengisytihar sebagai tidak sah satu keputusan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak V.Sivakumar mengenai kedudukan mereka.

Bercakap kepada pemberita di luar mahkamah di sini, beliau berkata rujukan itu dibuat kerana Mahkamah Persekutuan adalah mahkamah tertinggi di negara ini dan ia mempunyai peranan istimewa untuk membuat penjelasan tafsiran peruntukan perlembagaan persekutuan dan undangundang tubuh negeri.

"Mahkamah Persekutuan adalah forum yang berhak untuk mendengar semua isu perlembagaan ini. "Jadi permohonan ini telah dibuat berdasarkan Seksyen 84A Akta Mahkamah Kehakiman untuk Mahkamah Persekutuan menentukan pengakhirannya," katanya.

Sebelum ini, tiga ADUN berkenaan, Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kpt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) memohon mahkamah mengisytiharkan kerusi masing-masing tidak kosong dan mereka masih wakil rakyat yang sah setelah Sivakumar memutuskan yang mereka telah mengosongkannya.

Bulan lepas, ketiga-tiga wakil rakyat itu keluar parti masing-masing, iaitu Jamaluddin dan Mohd Osman daripada Parti Keadilan Rakyat dan Hee daripada DAP, dan ini mendorong Sivakumar mengisytiharkan tiga kerusi itu kosong kerana mendakwa mereka telah menandatangani surat peletakan jawatan selepas menang dalam pilihan raya umum 8 Mac tahun lepas.

Peguam Chan Kok Keong, seorang daripada peguam yang mewakili Sivakumar, berkata tiada apa-apa yang perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana Speaker berhak menikmati imunitinya.

Katanya kes berkenaan tidak perlu dibawa ke Mahkamah Persekutuan kerana isu yang menjadi pertikaian adalah mengenai Undang-undang Tubuh Negeri Perak dan hak seorang Speaker. BERNAMA

Ahad, Mac 15, 2009

Dr M says Perak grab unlawful









Dr Mahathir shows a keris he received as a souvenir at the event. — Picture by Choo Choy May

By Shannon Teoh (The Malaysian Insinder)

KUALA LUMPUR, March 14 — More than a month after Barisan Nasional ousted Pakatan Rakyat from Perak, former Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad today said the takeover was not done according to the law.

He said mistakes, bad strategy and carelessness in the Feb 5 power grab, orchestrated by Deputy Prime Minister Datuk Seri Najib Razak, had led to the current crisis in the state.

"You cannot topple a menteri besar or a prime minister without a no-confidence vote in the assembly. There is no other provision," he said at a function organised by Mubarak, the association for former elected representatives.

"Umno-BN was too careless and did not wait for an assembly but instead asked the Ruler to sack the menteri besar," he said, referring to Sultan Azlan Shah's decision to ask Datuk Seri Nizar Jamaluddin to resign.

"As far as I know, there is no such provision in the Perak or Federal Constitution," he said.

Dr Mahathir said that BN should have done it properly and not "be in conflict with the law" as the courts may now rule that the Sultan has no right to sack a menteri besar.

He added that a Sultan could only reject a candidate for one of his choice after an election but even this candidate could be defeated in the assembly by a vote.

The veteran politician said BN should have "followed the laws of the country, especially the constitution."

"Because this may be in conflict with the law, we find that people will not comply. Because we started on the wrong foot, people are now against us," said Dr Mahathir, who quit Umno last year in a long-running feud with his successor Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

The Perak power grab is now mired in a series of lawsuits, with both sides claiming to be the legitimate government.

Six people have also been charged with insulting the Perak Ruler after he backed BN to govern the state. One has pleaded guilty and was fined RM10,000 yesterday while five others claimed trial.

Umno has said those who opposed the Sultan's decision are committing treason.

TANAH - AIR - API - ANGIN: INILAH SUATU PETANG AKU BERASA DIHINA KERANA MEMILIH MENJADI MELAYU DI NEGARAKU SENDIRI



Sabtu, Mac 14, 2009

ISMAIL SAPIAN calon BN di Parlimen BUkit Gantang



DS Najib sebentar tadi mengumumkan Ismail Sapian sebagai calon BN dalam piliharaya kecil (PRK) Parlimen Bukit Gantang pada 7 April nanti. Pengumuman tersebut dibuat dihadapan hampir 10, 000 ribu anggota komponen BN termasuk MCA, MIC dan GERAKAN di padang awam Taman Kota Raya, Simpang, Taiping.

Penamaan calon akan diadakan pada 29 Mac ini dan Ismail bakal ditentang oleh calon PAS mewakili Pakatan Rakyat. Namun demikian PAS dikatakan akan menamakan calon mereka pada 26 Mac depan. Pertandingan dijangka sengit satu lawan satu. P059 Bukit Gantang adalah kubu kuat UMNO untuk beberapa penggal sebelum diserah kepada GERAKAN pada Pilihan Raya UMUM (PRU) 2004 dan dimenangi Ketua Gerakan Perak, Tan Lian Hoe mengalahkan Dr Lo' Lo dari PAS.

Pun begitu senario politik mengalami perubahan yang ketara menyebabkan kerusi itu berpindah tangan kepada PAS dalam PRU 2008. Arwah Roslan Shahrum berjaya mengalahkan Azim Zabidi, Ketua UMNO Bukit Bintang. Calon UMNO yang diterjunkan dari Bukit Bintang ke Bukit Gantang itu kalah dengan 1566 undi majoriti.

Kali ini Ismail Sapian mantan S/U Majlis Daerah Kuala Kangsar akan membawa harapan BN untuk mengalahkan PAS sebagai referumdum pengambilan alih pemerintahan negeri Perak daripada Pakatan Rakyat. Pemerhati politik menyifatkan kemenangan mana-mana pihak akan melambangkan legitimasi atau keabsahan dua kerajaan di Perak ( BN dan PR) yang sedang berkrisis sekarang. Ismail dalam pertandingan memilih ketua bahagian UMNO Bukit Gantang tewas di tangan Dato' Rusli Husin, ADUN Trong dan Ismail kini tiada memegang sebarang jawatan dalam UMNO Bahagian tersebut.

Pengumuman Calon BN pagi ni..


DS Najib Tun Razak selaku Pengerusi Perhubungan BN negeri Perak akan mengumumkan nama calon BN bagi PRK P.059 Bukit Gantang pada 14.3.2009 jam 10.30 pagi di Taman Bunga Raya, Simpang, Taiping. Jangkaan beribu-ribu orang akan hadir bagi menyaksikan upacara pengumuman tersebut. UMNO dikatakan memilih Kamarulail, Timbalan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang sebagai calon. Bagaimanapun saksikan calon sebenar yang akan diperkenalkan kepada pengundi pada pagi ini.

Selasa, Mac 10, 2009

Pertemuan Hulu Langat





DS Anwar Ibrahim dan Pak Lah bertemu muka di Hulu Langat. Apakah ada perundingan sulit tentang senario politik terkini? Atau pertemuan kebetulan...?

Ahad, Mac 08, 2009

Dirgahayu Bahasa Melayu!


“Rupa-rupanya begini caranya untuk menyelamatkan bahasa,” (Sasterawan Negara, Dato’ Dr A Samad Said)

Apa pula kata penulis yang lain...klik

a-samad-said1015239643101523960720polis13masjid-negara1dsc00111samad-said413e2bfc15dd6dd0ee903f32916aff5fea10152396267df01577ce89f34858c744738da95645101523958910152394551polis-menembak-gas150b5c7c00de0d8282e88cde10deb93211bahasa_protes_dua_new1ap_protes10_polis9ht-watercanond8a67d20a335e0a527fbdddd556fe0debahasa_protes_lagi10_polis60_polis126fc58b20c9fd273b1702f15156d5c23f10polis15masjid-negara2psmi5psmi4psmi6psmi7psmi8psmi12
Related Posts with Thumbnails